Sabtu, 28 Julai 2012

Matamu



Aku ingin terus melihat matamu
Aku ingin terus merenung matamu
 dan
Aku ingin terus mendakap indah matamu


(270712 > pertemuan ke-5/ APC tmn Ria n Hospital pantai)

Jumaat, 27 Julai 2012

salam rindu

wahai sang bayu
dengarlah bisikan rayuku ini 
aku rindu kekasih hati 
jauh nun di sana 
tidak tercapai tangan menggapai 
tidak terharung ombak dan badai 
wahai camar putih di sana 
tolong datang kemari padaku 
ada watikah hati ingin kupesan 
sampaikan salam rinduku ini 
buat insan bernama kekasih 
tak terdaya lagi menahan 
rasa rindu dambaan kalbu 
wahai mentari merah di sana 
dikaulah saksi bisu 
aku rindu kekasihku 

Khamis, 26 Julai 2012

BelahanJiwa

Kekasihku sayang
Aku ingin kau tahu
Hati ini akan selalu mencintaimu
Dan 
Menantimu

Ahad, 22 Julai 2012

kENAngAn meNGUSik kEMbALi

6 tahun yang lepas
di sini lah kita bertemu
ketika itu
kita hanya teman tapi mesra

Malam ini
kita bersama
disini
di selimut pawana yang sama
ketika ini
kita mesra sebagai kekasih

Ada getar di hati
Bercampur rasa
Sendu
Rindu
Sayang
Kasih

Baumu dapat ku cium
matamu dapat ku tatap
senyummu dapat ku hinggap
rindu kita bercantum menjadi satu
satu rasa dalam dua jiwa dan hati.

( pertemuan ke-4/restoran Taqwa)

Khamis, 19 Julai 2012

Sejauh pengharapan


Alhamdulillah. Sudah sebulan hubungan ini di jalinkan. Aku ingin engkau ketahui, cintaku sayangku kasihku padamu hanya kerana ALLAH..dengan anugerah pemberian yang ESA inilah, lahir perasaan yang suci dan tulus buatmu . Terima kasih kerana sudi menerima jelapang kasih ini..di bulan Syaaban yang amat indah.


Isnin, 16 Julai 2012

Simpanlah baik2...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Dengan nama Tuhan yang penuh Ketinggian kumulakan surat cinta ini. Semoga kemurahan Tuhan sentiasa melimpah­ ruah dalam cinta kita.

Kekasih….

Buat sekian kalinya aku titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku. Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang­kadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu. Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu.

Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindu kepadamu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cinta kepadamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya dirimu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata-­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang bertakhta di hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rinduku padamu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.

Kekasihku..
Simpanlah baik-baik surat cinta ini. Mungkin suatu hari nanti boleh menjadi temanmu tika ketiadaanku.

Kekasihku...
Setiap malam aku merenung ke dada langit dan kulihat bintang­-bintang bergermerlapan di sana.Tika purnama mengambang,aku harap, kau sepertiku. Melihat dan berdoa.

Kekasih…
Aku ingin sekali menebus segala rinduku disetiap pertemuan kita. Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung rindu yang baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap membara. Setiap kali menatap wajahmu, setiap kali itulah rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam melayani kerenah rindu ini. Di setiap pertemuan kita, tebing mataku sering basah. Tak perlu kau bertanya kenapa.


Kekasihku..
Simpanlah baik-baik kataku ini. Waktu yang mempertemukan kita.Waktu yang membuktikan besarnya cinta kita untuk bersama.Teruslah berlari.Tetapi jika kau lelah, tolehlah kebelakang. Ada aku selalu menantimu. Tanpa jemu.

Kekasihku...

Mungkin aku bukan wanita yang terbaik untukmu.Tetapi yakinlah akan ketulusanku.Kerana mencintaimu adalah bahagiaku. Aku disini mencintaimu hingga akhir hayat. Suatu hari nanti, sesakit manapun kau sakitiku, aku tetap dan akan terus mencintaimu. Walaupun airmata tak terbendung, senyumku tetap terukir. 

Kekasihku...
Pegang erat-erat kataku ini. Jagalah dirimu sebaiknya. Engkau berhak untuk nikmati bahagia. Jika di hadapan nanti kau ketemu kebahagian yang menggunung lebih dari sekarang, dakilah dengan kudratmu. Aku sebagai insan yang amat menyintaimu, akan terus mendoakan kebahagianmu. Akan terus menyokongmu. Kau tetap di semerah kiri. 

Kekasihku..
Jaga diri baik-baik. Teruslah melangkah dengan berani. Sambunglah perjuangan KEKASIH kita. Cintai aku sekadarnya sahaja. Kerana cinta yang AGUNG hanya tuk YA RABB. Ku mohon padamu, jangan lupa cinta yang aku tanam untukmu ini. Jika kau di rundung dugaan kehidupan, pejamlah matamu. Kau akan rasa aku di sisimu. Sapa pawana adalah pelukanku. Andai kau tiada teman tuk berkongsi canggung tatihmu, tolehlah kiri, aku ada didada kirimu. 

Salam Cinta dari ku. Seorang Insan yang tulus mencintaimu hingga akhir waktu.

                                                                                    ~merakdesa~









Sabtu, 7 Julai 2012

Selepas 6 thn


Semalam
kami bertemu setelah sekian lama
tidak ketemu,
Ada getaran
di jiwaku,
Ada 
debaran yang melanda,
Yang mampu 
aku lakukan hanyalah
kuatkan
semangat....
Bila dia berada
di hadapan 
aku,
Senyuman yang aku lemparkan,
Aku 
sedikit
gugup...
Memandang wajahnya ada
rasa sayu
yang terbit
di hatiku,
Ada kenangan 
terlalu
indah bagiku,
kerana,
Pada aku dialah
yang 
terbaik aku 
kenali....

Jumaat, 6 Julai 2012

~Pertemuan pertama~

Mahu menitis air mata ini tadi. Tapi ku tahan. Bergelora dadaku di pukul ombak. Namun berjaya aku sembunyikan. Masih seperti 6 tahun lepas. Mata yang sama. Senyum yang sama. Bayu laut mendakap perasaan kita malam itu. Langit gelap memayungi kasih kita saat itu. Diriku dan Dirimu bertaut wajah.


Sepasang mata ini yang kurindukan 6 tahun yang lalu.


Senyuman ini yang aku rindui saban waktu.

Aku teramat menyintaimu MataAirCinta.. Mata ini indah bila melihatmu. Sayang ini hanyalah untukmu. 

6/7/2012

Tarikh yang cukup cantik. 6 haribulan mengisahkan sebuah pertemuan pertama setelah 6 tahun di canai indah dek perasaan yang suci..
Dengan jarak usia kelahiran berbeza 6 bulan.
Menyingkap kembali saat 6 April 
mula berkenalan 
di tahun
2006.
Segalanya indah jika di kenangkan.

Berbekalkan cahaya samar yang indah, hembusan bayu laut Tanjung Dawai yang penuh keasyikan dan bintang-bintang yang menghiasi langit gelap..kita merawat rindu. 

~Gundah~

Jam di dinding bilik guru menunjukan tepat pukul 8 pagi. Berdetik jarum itu dari satu saat ke satu saat. Begitu juga hati ini. Rasa lambat menginjak ke jam 11.35 pagi. Di mata resah, namun di hati berbunga riang. Hanya tinggal beberapa jam lagi dari waktu ini untuk aku bertemu insan yang telah lama bertakhta di hati. 6 tahun  bukan satu masa yang singkat. " Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku hari ini. Lapangkanlah dadaku untuk bersua dengan hambamu itu.."

Isyarat SMS dari telefon selularku berbunyi.. "Hajar, lagi 12 jam kan..ermmm lambatnyaa.." 
Aku tersenyum sendirian. di hati berkata "Awak, saya pun menghitung detik..terasa lambat sangat.."

-Beginikah rasanya bila hendak bertemu insan yang di cintai buat pertama kali??
-Beginikah penangan jatuh cinta?
-Kenapa rasa resah?
-Mengapakah hati meronta-ronta?

Ku pohon padaMU Ya Rabb, kekalkanlah rasa yang ada ini. Kuatkanlah perasaan ini dengan jujur.