Rabu, 22 Ogos 2012

Bersua juga akhirnya

Berdetak kencang
Semerah kiri
Merisik pada jiwa
Menggamit pada resah
Adakah pilihan ku ini di terima?

Abah,
Ini bakal anak lelakimu
Juga bakal abang kepada adik-adikku
Dan bakal suami anakmu

Abah,
Restumu ku harap
Fahammu aku tagih
Doakan kami
Bahagia, Sejahtera, kekal bersama
Di arus samudera kehidupan
Di pelayaran berpasangan
Di pusar percintaan.

Abah,
Senyummu ku mengerti
Terima kasih
Itu yang ku harapkan
Walaupun dalam situasi ini
Semoga dirimu cepat sembuh...


**********************

MataAirCinta
Inilah bakal abahmu
Inilah wali bakal isterimu
Restunya Restu Ilahi

MataAirCinta
Mungkin kisah kita
seperti Adam dan Hawa
Berpisah di awal 
Pertemuan

MataAirCinta
Dengan rasa yang ada ini
Dengan satu cinta yang jelapang ini
Dengan selaut kasih ini
Izinkan aku terus 
Membaja jelapang kasihku
Untukmu
Selama
Kekal abadi


Ahad, 19 Ogos 2012

Syawal yang terindah

Syawal ini..
Segalanya bersatu
Kasihmu kasihku
Cintaku cintamu
Sayangku sayangmu
Rinduku rindumu
Syawal ini..
Syawal yang terindah


Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

SELAMAT HARI RAYA..MAAFKAN DI ATAS KETERLANJURAN SEPANJANG BERSAMA
DARI MATA KE HATI..DENGAN PENUH TULUS DAN IKHLAS..SEMBAH BERHARAP AMPUN DI BERIKAN..SAAAAAAYANG SELAMANYA


Syawal ini..
Syawal yang terindah
genap 2 bulan kita bersama
memeterai apa yang di rasa
menganyam apa yang di cinta

Syawal ini..
Aku berharap dan berdoa
Agar hubungan ini berkekalan
Dengan lafaz ijab dan kabul
Bersatu sah di sisi Ilahi

TuhAn JAgaKan DiA



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Rabu, 8 Ogos 2012

sayangku

sayang !!!
di titian malam
aku berada di sudut paling dalam kalbumu
bersama denyut nafasmu
suara cintaku merayu asmara kasihmu
tanpa kau tahu
aku sering terlena di kamar jiwamu.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Cinta


Tidak perlu aku bertemu dgnmu
untuk berkata cinta
kerana cintaku bukan kerana usia rupa dan harta
cintaku padamu lahir dalam jiwa
bila aku melafazkan cinta
itu adalah lafaz hati
tiada syarat untuk cintaku
dengarlah Sayang ..
aku telah cinta padamu
andai sayang juga mencintai aku
aku ingin cinta itu juga tanpa syarat
bertemulah cinta kita dalam kamar rindu
daerah asmara yang sangat syahdu
buat Sayang dan aku
terbang dalam alam kasih dan sayang
belayar dalam lautan asmara
mengembara di dunia percintaan.