Khamis, 31 Januari 2013

Sebuah cerita kehidupan..


2006-2012
Aku bertatih seorang diri selama 6 tahun. Cerah tp gelap. Itu yang dapat aku lakarkan. Sepanjang itu, aku meneruskan saki baki hidup sebagai seorang yang setia dan bertanggungjawab pada rasa yang ada, iaitu ANUGERAH yang terindah dari MAHA PENCIPTA.

Selama 6 tahun itulah, ayunan langkah aku kemaskan sebagai seorang insan. Berbekalkan Doa, harapan, impian dan tawakal di satukan menjadi kekuatan. Ya betul..aku memang seorang penglipur lara cinta. Perasaan CINTA yang ALLAH berikan pada aku.Dan aku perlu bertanggungjawab pada nikmat itu.

6 tahun, tiada siapa tahu airmata ini lebih banyak menitis dari titisan hujan. Kenapa menangis pd yang tak pasti?? Jawapan; kerna sekeping hati ini telah di miliki oleh satu nama. Nama itu menjadi teman paling akrab. Nama itu pendorong tika ku rebah. Nama itu membakar semangat yang lelah.

Jun 2012 - Okt 2012
Doa yang ku titipkan 6 tahun di makbulkan. Kami bertemu di susur jalan berbeza. Tiada kata yang dapat di muntahkan, betapa hati ini tersentuh dengan cerita kehidupan. 

Kenal hati dan budi. Itu yang di canting dalam hubungan ini. Agar bahagia kekal bersama.

31/10/2012 -> 31/01/2013
Hanya yang mampu dan kuat di uji. Resepi kehidupan dari ALLAH TAALA. 

Aku di ajar kuat pada 6 tahun yang lepas. Aku di asuh bertanggungjawab 6 tahun yang lepas. Aku telah satukan demi tuk berjuang dengan ombak dan badai yang baru melanda.

Cinta yang ada, kasih sayang yang bersemadi, setia dan jujur yang di jaga, aku berdiri teguh walaupun hampir jatuh. Kata-kata peransang dari sekeliling menjadi tulang belakang.Aku harungi. Aku redahi. Sehingga di gelar ''pejuang paling hebat"..

3 Bulan, senyuman tak semanis gula dan renungan tak secerah matahari. Apa yang di persembahkan hanya tuk mata yang memandang. Tp tuk empunya badan, bagai batang pokok yang mati kekeringan. Dengan adanya BAJA cinta, kasih,sayang,kata-kata semangat dan MataAirCinta, pokok yang terkulai kembali segar.

Doa di panjatkan tanpa henti dan mengenal erti jemu. Tiap hari, tiap detik..

Alhamdulillah..penantian dan harapan tercapai. Cukup indah perancanganNYA..keindahan RAHSIA di sebalikNYA.

Kami bersatu dengan restu. Kami bersama dengan keizinan. Moga ikatan ini sampai ke ijab dan qabul seterusnya ke Syurga.

MataAirCinta, tak sabar rasanya MerakDesa menanti detik bersimpuh di depanmu, mengucup kedua tanganmu sebagai insan yang sah di sisimu


Rabu, 23 Januari 2013

Mr.Dashing

6 tahun mengajar aku erti ketabahan dan kesetian..
6 tahun juga mengajar aku erti kekuatan...
6 tahun juga berikan aku ilmu keteguhan..

~MENCINTAIMU SEUMUR HIDUPKU~

Ahad, 20 Januari 2013

Cintaku padamu ikhlas sejati

MataAirCinta:-

Kau merubah segala
Cintaku yang ku dambakan
Kehadiran dirimu menyinari
Mekar semula hatiku
Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku
Tulus ikhlas suci hatimu kasih
Kaulah segalanya
Yang menyinar hidupku kasih
Hanya satunya
Yang ku cintai
Sambutlah cintaku
Jangan pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati
Jangan tinggalku sorang diri
Tak sanggup lagi bersendiri
Cintaku padamu ikhlas sejati

indahnya berkasih sayang



usah kau biar hati ini


Jumaat, 18 Januari 2013

MataAirCinta Aku ingin bersamamu dalam ikrar cinta kita

surat cinta buatmu

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum MataAirCinta.
Apa Khabar?
Apa Khabar dengan rasa yang ada, sudah 3 minggu tidak berjumpa denganmu MataAirCinta?
Apa khabar cinta kita di sampingmu?

MataAirCinta...,
Sungguh MerakDesa bersyukur mengenalimu.
Sungguh MerakDesa bahagia mencintaimu.
Sekalipun rasa sayang padamu tidak berkurangan.
Tidak sedetik pun aku lupakanmu.

MataAirCinta...,
Dalam setiap sujudku pada Maha Pencipta,ku titipkan doaku..
Semoga engkau sentiasa dalam pemeliharaannya..
Semoga engkau selalu dikasihi dan disayangi..
Semoga engkau diberkati Ilahi.

MataAirCinta...,
Semoga hubungan ini kekal dan terpelihara


Isnin, 14 Januari 2013

Kasih Kita

Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itulah tanda
Bunga kasih bermula
Di dalam jiwa
Berputus asa jangan
Mengeluh pun jangan
Tenangkan hati 
Janji jangan di lupakan
Supaya aman
Berpisah lama jangan
Brjauh pun jangan
Supaya rindu tidak jadi bebanan
Menyiksa badan
Hati susah jadi senang
Kenangan tika datang
Terasa kasih
Sama tiba menjelang
Menambah sayang

sayangggggggggggg MataAirCinta





Duniya mein kitni hai nafrate
~semoga kasih sayang kita kekal abadi tuk selamanya~







Sabtu, 12 Januari 2013

Bicara rindu

MerakDesa :-  Bila saya rindukan awak, air mata saya pasti luruh.Saya cuba berhenti menangis hanya dengan menyebut nama awak. Tapi kerinduan di hati saya tetap sama. Jadi saya cuba tersenyum untuk tenangkan hati. Tahukah awak, tiada siapa rindukan awak lebih daripada saya. I miss you.

MerakDesa :- Awak muncul dalam fikiran saya pada waktu pagi, Petang dan malam. Kadang-kadang saya berharap dapat lihat awak setiap saat. Saya tahu saya agak keterlaluan merindui awak. Miss you Abg.

MerakDesa  :- Saya rindukan awak pada setiap degupan jantung saya. Saya rindukan awak setiap kali saya mengelipkan mata. Saya rindukan awak pada setiap saat. Dan saya rindukan awak pada setiap hari. Abg, i miss you.

MerakDesa  :-Semua kawan-kawan saya mampu buatkan saya tersenyum dan tertawa. Tapi hanya orang yang istimewa macam awak boleh buatkan saya tersenyum dengan air mata di pipi saya.

MerakDesa  :- Tanpa hujan, Tanpa cahaya. Manakan muncul si pelangi. Hujan itu aku, Cahaya itu kamu & pelangi adalah kebahagiaan.

Tak sedikitpun saya lupakan awak

i-ll-never-forget-you-south-korea-south-

sebanyak mana rindu



i-miss-u_34.gif

Sebanyak mana awak MERINDUI saya

lebih banyak saya MERINDUI awak

moga hingga ke akhirnya

(by laman muka buku)
kadang-kadang Allah MENJARAKKAN hubungan kita , 
kemudian Dia datangkan DUGAAN pula , 
puas kita menangis , 
mencari dan merindu orang yang kita sayang , 
rupanya Allah nak menghadiahkan kita rindu yang berpanjangan agar kita tahu erti KESABARAN dan KEBAHAGIAAN ♥ .. :')

Jumaat, 11 Januari 2013

Yang Terindah

Kepada kau yang terindah
Cinta yang ku ukirkan
Di hati gersang ini
Ku simpan
Dan
Ku sematkan dalam jiwaku
Agar bersatu dengan jasad

Kepada kau yang terindah
Dengarlah
Tenunglah
Bicara cintaku
Kan ku pertahankan cintaku buatmu
Kan ku abadikan
Kenangan mesra kita bersama

Kepada kau yang terindah
Setitis airmataku yang mengalir keranamu
Kuat menjadi saksi cintaku
Kuat menjadi
Kejujuran kasihku padamu

Kepada kau yang terindah
Lihatlah lirikan mataku
Yang sentiasa mencari bayangmu
Pandanglah tarian bicaraku
Yang acapkali mengungkap kata rindu
Dan mengertilah
Tiap hembusan nafas jiwaku
Yang membawa seribu
Tafsir cinta buatmu

Kepada kau yang terindah
Mengertilah
Aku sering rindu padamu
Rinduku padamu tidak pernah berkurang
Segala rasa yang ada
Begitu indah buatku
Sebagai insan
Yang amat 
Menyintaimu

Khamis, 10 Januari 2013

rindu yang sepi



Sepi
Adakalanya Indah
Ada tikanya gundah
Ada detiknya lelah


Sepi
Yang pastinya menyendiri
Tanpa berteman
Tanpa kemanisan


Sepi
Memberi ruang tuk menganyam rindu
Membenarkan angin rindu menyapa yang di cinta
Tuk Menggarap apa yang di rasa



Sepi
Mencekalkan



Hati ini kan ku simpan untukmu
Dan selalu setia
Hanya untukmu

Selasa, 8 Januari 2013

cantingan (iii)

Sayang..
Cintaku padamu satu..
Tiada dua dalam hatiku..
Memang engkau bukan yang pertama
Tapi engkau yang  terakhir buatku..
Engkaulah hidup matiku..

cantingan (ii)



Sayang..
Setiap hari aku sabar…
Setiap hari aku redha…
Aku berharap pasti dirimu akan hadir …
Aku pasti kamu jua begitu…

Sayang…
Aku inginkan dirimu…
Datang dan temui diriku…
Kan ku katakan padamu, Aku sangat mencinta…

Sayang…
Andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku…
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNYA agar dipertemukan dengan dirimu…
Andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku…

Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus bersabar…
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi…

cantingan ( i)

Canda tawa kita lewati bersama
Energi ini serasa menyatu denganmu
Rumput-rumput yang bergoyang
Iringi kisah cinta kita , dan
Angin pun turut menghempaskan kedamaian dalam jiwa

Cinta Kita





Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini juga ku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini

* jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Reff:
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang tlah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Tentang perasaanku


~by irwansyah~
Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

Isnin, 7 Januari 2013

Cinta dalam hati




telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa
 bagi ku mencintaimu pun adalah bahagia untukku,
 bahagia untukku
kuingin kau tau diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini 
 biarkan rasa ini bahagia 

Ahad, 6 Januari 2013

You r my soul


Bau ini yang mendodoiku tiap malam
Bau ini yang temaniku di kamar sepi
Bau ini yang dapat ubati rinduku 


Semoga MataAirCinta sihat kembali. Semoga MataAirCinta cepat sembuh. 
Doaku sentiasa untukmu MataAirCinta

Kemarukah aku?


Jauh menguji segala-galanya. Acapkali aku tak mampu tuk menyusun tatih menghitung hari. Dia disana,Aku disini..Aku rindu helaan nafasnya..Aku rindu sepasang matanya..Aku rindu segala-galanya tentang Dia. 

MataAirCinta,walau terpisah nyawa dan jasad ini sekalipun, apa yang ada di hati MerakDesa, tetap akan kekal. 

Rabu, 2 Januari 2013

Assalamualaikum MataAirCinta..
MerakDesa doakan MataAirCinta sihat sejahtera hari ini..
Hari nie, hari pertama persekolahan MerakDesa tuk sesi 2013. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa kecanggungan pengurusan sekolah.

MataAirCinta, di meja ini (bilik jqaf), di ruang ini, 6 bulan yg lepas kita mula berhubung..di meja ini juga air mata merembis keluar tika ruangan muka buku
( facebook) tertera namamu tuk menjadi kawanku.
WAN NORZUHAIDI..sungguh indah nama itu. 

MataAirCinta, baju kurung yang ku busanakan hari ini, adalah baju yang ku jumpa dirimu di pertemuan kedua 6bulan yang lepas. Masih ingatkah?tika itu, dirimu berT-shirt hitam hijau..Busana ini dapat naikan semangatku di hari pertama ini.

MataAirCinta, hari ini cuaca mendung..ada gerimis di pagi hari..pawana dingin meniup dan menyapa  manja tubuh ini...terima kasih..dirimu memeluk erat tubuhku..(ingatkah dirimu pada selendang coklat?) sentiasa ku bawa kemana sahaja tuk temani aku di perantauan ini..

MataAirCinta, 21 januari 2013 -> 21 april 2013 , MerakDesa dah mula PRAKTIKUM..
Doakan kejayaan MerakDesa yaaaa...Doakan agar MerakDesa kuat sepanjang PRAKTIKUM ini..

Semoga tahun baru ini berikan kita kekuatan dan ketabahan merentas kehidupan.masalah adalah makanan kehidupan..dan ia UJIAN dari MAHA PENCIPTA buat kita...

MerakDesa undur diri dulu yer MataAirCinta..Jaga diri baik2..jaga kesihatan..jaga cinta kita..

Wassalam


                                                                               Kekasihmu
                                                                               ~MerakDesa~


Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Aku masih lagi bernafas menghirup udara yang segar, aku masih di bumi ini merasai keindahan dunia di bawah naungan MAHA PENCIPTA dan aku masih lagi dengan rasa yang ada di berikan Maha Penyayang akan nikmat yang tak terhingga.

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Usia,pergi tak kembali. Terus menconggak naik tiap kali tahun berganti. Kasihku pada Yang Satu kekal utuh, Rinduku pada kekasihmu Rabbi tak pernah luntur.

Bagaimana dengan Kasihku 6 tahun lepas??

Rasa itu masih lagi bersama aku. Sayap Cinta yang aku lebarkan padamu MatairCinta tak pernah tertutup. Engkau memberi aku harapan semula. Engkau membawa aku ke luar dari dunia sepiku. Dulu aku bertemankan hanya namamu untuk aku menongkah arus kehidupan. Tapi hari ini, jasad,jiwa dan hatimu bersatu denganku untuk meneruskan perjalanan nikmat cinta ini. Terima Kasih MataAirCinta.

aku akan terus
berteduh 
di bawah pohon ini
aku terus
mengharapkan
cintaku
sampai kepadamu.

Aku ingin terus
Dihanyut rasa ini
Dalam hujan yang datang
Tidak menentu musim berganti
Tetap
Tegap berdiri di bawah
Pohon rasa ini.

Tahun 2012,Banyak meninggalkan kenangan suka duka dalam kehidupanku sama ada bagi diri sendiri, keluarga,kerjaya dan insan tersayang. 2012 mencipta arca terindah. Aku dan Dia bersama. 

Tahun 2013, Dengan penuh pengharapan, Cinta ini bersatu utuh walau di uji hebat. Aku bangga punyai rasa ini. Dengan nikmat terindah ini, baru ku ketahui, Cinta ini kuat dengan pelbagai ujian. Ujian itu warna. Yang terus mencorak menjadi indah. Sedih itu melodi. Yang adakala perlu di keudarakan. 

SELAMAT TAHUN BARU MATAAIRCINTA.