Isnin, 25 Februari 2013

Hingga Hujung Nyawa




~Belahan jiwaku~

Tak kan ada cinta yang lain selainmu 
Pastinya cintaku hanya untukmu 
Aku takut kehilangan dirimu
Setiaku hanya untukmu
Percayalah cinta ini sayang
Cahaya di wajahmu
Hanyalah untuku
Tiada yang lain aku cintai
Pilihan hati belahan jiwaku
Cinta aku adalah anugerah terindah
Dari yang MAHA Kuasa
Cinta aku padamu tak pernah berubah
Walau di telan masa
Cinta aku akan kekal di semerah kiri
Selamanya untukmu


Ahad, 24 Februari 2013

Temani Aku Selamanya



Belahan Jiwa...,
Jangan tinggal aku
Temanilah aku selamanya
Tanpamu
Aku seperti hilang tongkat untuk berjalan
6tahun aku bertatih dengan payah
Banyak duri dan selekoh tajam aku tempuh
Sakitnya tiada siapa yang ketahui

Belahan Jiwa...,
Ceriakanlah hari-hariku
Temanilah aku selamanya
Dalam suka dan duka
Di waktu duga melanda
Di kala ujian menjelma
Kemudi hidup bersama aku
Bagai irama dan lagu
Bak isi dan kuku
Tiada siapa yang dapat pisahkan

Belahan Jiwa...,
Temani aku YA tuk selamanya

Terima Kasih MataAirCinta


Jumaat, 22 Februari 2013

Antara cinta dan sayang



Sayang itu tidak sama dengan Cinta. Apabila kita mencintai seseorang, tidak semestinya kita menyayangi dia. Apabila kita menyayangi seseorang, tidak juga bererti kita mencintainya. Hanya yang sama adalah kedua cinta dan sayang bermula dari hati.

Selasa, 19 Februari 2013

detik 8 bulan bersama




sekian jauh perjalanan hubungan ini
ada duka, ada sengketa
ada gembira, ada ceria
yang selalu menemani
setiap inci langkah perjalanan hidup
tanpa adanya terbit rintihan kekeluhan

dengan iringan doa didalam hati
disertakan dengan niat yang suci
perjuangan di teruskan
berkorban tanpa kata

aku padamkan segala kedukaan
aku sirnakan segala kepiluan
aku kuburkan segala kesedihan
aku malapkan segala kebingungan
dan aku gantikan semua itu dengan
kebahagiaan yang mendatangkan keceriaan
Semoga hari mendatang
Kebahagian akan terus menemani kita



datanglah kearahku
hulurkanlah tanganmu
ku pasti buatmu bahagia
dikaulah pujaanku 
yang kucinta selalu

hadirmu dalam hidupku
memberi sinar kebahagiaan
segala kepahitan
segala kesedihan
sirna dikala dikau
bersama diriku
engkaulah pujaan hatiku
yang ku rindui selalu
walau badai melanda
walau sengketa tercipta
kau tetap milikku
dikaulah lelaki pilihanku



Sabtu, 16 Februari 2013

Hanya buatmu cintaku

Sayangku,
Tatkala aku rindu padamu, jari jemariku pasti lincah menari tuk bermadah, bersyair, dan berpuisi di laman ini.
Sejak aku menjadi pencintamu, duniaku menjadi amat indah.Engkau yang menghiburkan aku dan penyeri ruang hidupku.

Sayangku,
Aku tak pernah memintamu membangunkan istana emas untukku, aku tak pernah mengharapkan engkau memberiku jutaan ringgit tuk membahagiakanku, apa yang ku mahu, keikhlasanmu dan kejujuranmu dalam menyemai cinta kepadaku. Aku disini setia dan sedia memayungmu dengan cinta, kasih dan sayang penuh ikhlas.


Sayangku,
Dikau penghias mahligai cinta kita
Dikau penghibur cinta kita
Dikau penyeri sukma cinta kita
Dikau penyembuh derita cinta kita.

Sayangku,
Adakah kau merasakan hebatnya cintaku padamu?
Sentuhlah cinta ini,agar memori indah dapat kita rakam bersama.Peluklah cinta ini dengan eratnya  agar ia kekal milik kita berdua.

Sayangku,
Hanya buat dirimu cintaku.


Jumaat, 15 Februari 2013

Belahan Jiwaku

Belahan Jiwaku
Terima kasih kerana sudi menemaniku ke spa. Terima Kasih kerana tidak menolak permintaanku. Terima Kasih kerana izinkan hati kita menjadi pasangan KEMBAR.

Belahan Jiwaku
Keberadaanmu di sisiku malam ini, sangat indah. Matamu dapat ku tenung, rindumu dapatku sentuh. Betapa aku rasa bahagia.

Belahan Jiwaku
Cinta Hatimu berharap, 3 bentuk hadiah tidak seberapa yang telah diberikan padamu malam ini , dapat engkau terima. Kad pertama yang aku nukilkan buatmu selepas 7 tahun aku mengenalimu, Jam tangan yang melambangkan setiap detik amat bermakna bagiku, hatiku tetap setia dan utuh buatmu..dan rawatan di spa...seperti mana aku menjaga diriku, begitulah juga aku akan menjaga dirimu...

Belahan Jiwaku
Moga impian kita akan terlaksana satu hari nanti. Aku sedia berada di sisimu sampai akhir hayat.
Terimalah hadiah-hadian ini sempena genap 8 bulan kita bersama pada 19 februari akan tiba nanti.
Terima kasih kerana memberi aku peluang membuktikan cintaku padamu.

Aku rindu padamu..percayalah

Wahai kekasihku
Acapkali aku mengenangmu dari kejauhan ini
Senyumanmu menjadi padu dalam ingatanku
Kerana sesekali aku ingin benar melihat
Senyumanmu itu (itulah yang sering aku rindu)

Wahai kekasihku
Hariku berlalu sering sepi
Namun tetap indah
Dengan ingatan yang dalam
Terhadapmu

Sepi itu
Tanda kerinduanku
Padamu yang tidak pernah padam
PERCAYALAH.........


P/S: MataAirCinta, tunggu yaaa..MerakDesa dalam perjalanan pulang tuk bertemu denganmu.

Rabu, 13 Februari 2013

Cinta Sejati



takdir menemukan dua hati kemerahan
dan lalu menyimpulnya menjadi satu ikatan
lantas terbinalah sebuah mahkota cinta sejati
tementerai satu perjanjian ingin sehidup semati
di saat hati ini suram kekosongan
menagih kasih berpanjangan
merintih kasih tiada berteman


dikau hadir dalam bayangan
menyeri hati dalam kesepian

saat pahit dan manis kita kongsi bersama
riang dan tawa hanya kita berdua

terdetik dihati ini
ingin terus melafaz kata cinta sejati
padamu dambaan hati
teringat di masa itu kita duduk berduaan
kita berpegangan tangan
sambil kita ketawa riang
membuatkan hati ini menjadi tenang
dikala malam dan siang kau selalu ku terbayang
datang kearah ku sambil menyanyi lagu indah
ku nanti saat indah
saat kita bersama
di saksi bulan purnama
kita menjalin cinta

Jumaat, 8 Februari 2013

Indahnya cinta






Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu si adam di persimpangan hidupku

Tuk menjadi temanku

Dunia dan akhirat









Rabu, 6 Februari 2013

Jangan Pisahkan

Aku dan kau
terlalu lama mengenali
ibarat mengenali tapak tangan sendiri
corak dan laku sudah dapat dibaca
hingga riak muka sekilas difahami
begitu akrabnya kita!
mampukah terpisahkan???

Namun sepanjang perhubungan ini
bukan semuanya seindah pelangi
banyak waktunya kita diuji
hanya kesabaran menjadi benteng
diiringi doa dan tawakal yg tak pernah putus
cekal yg masih bertahan
harapan yg tetap ada
penantian yg terasa menyeksa
pengorbananan yg tak sudah

Badai melanda kita tetap cuba berdiri
agar cinta kita tidak dikikis
dan dugaan itu begitu dasyhat
adakalanya airmata seperti sungai alirannya
mana mungkin kita berpisah
setelah segalanya kita hadapi?

Kau dan aku tetap percaya
takdir itu bukan kita merancangnya
hanya pada Tuhan kita berserah
agar jodoh itu tetap dipihak kita

Jangan pisahkan 
kasih sayang ini anugerah terindah
terasa ia lembut membelai hati
membasuh duka-duka yg sendu
membuatku tersenyum seketika
walau dalam hiba dan sayu

Jangan pisahkan
kumohon padamu Tuhan
satukan kami dalam ikatan suci
jangan biarkan kami sengsara
menanti restu yg tak kunjung tiba
moga mereka sedar
Dua jiwa ini sudah tak terpisahkan
kecuali dengan kuasa takdirMu, Tuhan..

Selasa, 5 Februari 2013

~Bait HAMKA~

cinta
cinta itu suatu yg murni
hanya mekar di hati yg sudi
ia mekar mewangi di sudut naluri ini

kadangkala iakan membahagiakan kita
kadangkala iakan mendukakan kita
hanya kita yang tahu perasaan sendiri
kerana diri ini yang memuja

cinta itu terlalu indah
buat mereka yang alpa dengan nya
namun cinta itu juga sebagai dorongan
cinta juga sebagai sahabat
menemani hati dikala sunyi

cinta sejati hanya satu dalam beribu
cinta tak boleh dijual beli
ia lahir dengan sendirinya

cinta ibarat mahkota
makin digilap makin berseri

cinta itu buta
tak mengenali apa itu bangsa
pangkat,darjat,agama mahupun usia

kadangkala cinta itu suatu bebanan
yang menyukarkan diri untuk memikulnya

namun cinta itu suatu realiti
kita perlu menempuhnya
apabila seruannya tiba
itu terpulang kepadaNya
hanya Dia yang menentukan
ketentuan hidup kita

jika cinta itu sejati
iakan kekal sepanjang hayat kita
cinta tak perlu dicari
kerana iakan ada selamanya dihati kita

Semalam mengungkitkan sejuta ingatan,
Semalam mengimbau kembali kenangan, 
Pahit..
Manis..
Suka..
Duka..
Kecewa..
Bahagia..
Semuanya berbaur..
Hari-hari yang mendatang,
Tidak akan memberikan sebarang makna...
Jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. 

Ahhhhh.....
Kerana hidup ini tidak dapat memberi kegembiraan
Sampai diri kita sendiri menghendakinya...
Hidup ini hanya menyediakan waktu dan tempat,
Terserah pada kita untuk mengisinya..


A.K.U. R.I.N.D.U K.A.M.U

Aku ingin bersamamu dalam ikrar cinta kita