Jumaat, 22 November 2013

warkah hati



Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.  Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Selasa, 19 November 2013



Kepada Bakal Suamiku ..


Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, yang serba kekurangan,kenapa Allah menyarankan manusia menyalurkan cinta melalui pernikahan...kerana melalui pernikahan itu, segala yang haram bertukar menjadi halal melalui akad yang sungguh murni....dan banyak keuntungannya.


Kadang-kadang saya tertanya kenapa saya terima awak sebagai calon suami saya..?Kerana hati saya telah memilihnya dan itu berlaku dengan izin Allah..

Suami isteri bukan suatu tempat berhentinya segala halangan hidup malah lebih besar cabaran yang akan kita tempuhi dan proses mengenali diri masing-masing antara suami isteri itu tidak akan tamat sehinggalah kita kembali ke Rahmat Allah..


Saya tidak akan komen apa kebaikan dan keburukan awak kerana saya masih tiada hak, cukuplah apa kelemahan kita yang kita rasa perlu dibaiki lalu kita berusaha membaikinya kerana saya masih tiada hak untuk menyenaraikan kelemahan awak..hak itu akan saya dapat setelah kita berkahwin nanti..

awak sudi memilih saya sebagai calon isteri awak yang walaupun saya ni penuh kelemahan...


Saya berpegang kepada...

-berkahwin dengan orang yang berharta...(bukan sama sekali)

-berkahwin kerana orang tu suka kita...(tidak sangat)

-berkahwin untuk mendapat pahala...(yang ini benar)


Saya juga berpegang kepada prinsip janganlah terlalu memilih orang yang bagus..tetapi bersama-samalah berusaha menegur satu sama lain (suami isteri) sehingga sama2 menjadi bagus...


Semoga jodoh kita dipercepatkan dan dimurahkan rezeki..seterusnya dipermudahkan urusan kita...dan semoga kita sentiasa tergolong sebagai hamba-hambaNya yang bersyukur...

Kalungan kasih

Aku tak menduga dari kenalan lahir sayang
Aku terima kau siapa
Sekalung kasih ku korbankan
Dan
Selautan sayang
Hanya itu yang mampuku berikan

P/s: MataAirCinta...
Hari ini genap setahun 5 bulan kita bersama
Ingatkah di kau tarikh itu???

Jumaat, 15 November 2013

AJNABI

Kurangkai kata agar menjadi sajak berkalung
Kurangkai bait-bait agar hati menyatu
Yang menulis nukilan
aku si cincin tunang
Di jari manis setia menyahut rindu

Kita masih ajnabi
Bukan lagi suami
Dan
Juga bukan lagi  isteri