Rabu, 31 Oktober 2012

~sedetik lebih~


~sepi~

Bisikku pada bulan..
Kembalikan temanku..
Kekasihku..Syurgaku..

Tanpa dia..Malam menemaniku.
Sepi memelukku..



Bulan jangan biar siang..
Biar alam ini kelam..
Biar ia sepi sepertiku..

Wan Norzuhaidi





Kekasihku
hulurkan tanganmu bila aku terjatuh
pimpinlah tanganku bila aku tersesat
hamparkan bahumu
saat aku berduka

Kekasihku
aku berharap
engkau selalu ada
saat aku memerlukanmu
saat suka dan duka
saat aku hilang tempat berpaut

Kekasihku
aku berharap engkau memberi semangat padaku
aku hanya berharap engkau
sebagai pelindungku
untuk aku berdiri tegak
berani menempuh arus hidup

Kekasihku
genggamlah tanganku erat-erat
aku
memerlukanmu
pelengkap hidupku



:'(

Bonda Ayahanda,
Salahkah anakmu ini mencintai dia ??
Hinakah perhubungan kami ini?

Bonda Ayahanda,
Kenapa begini akhirnya?
Mengapa begini jadinya?

Bonda Ayahanda,
Fahami kami
Restui kami
Doakan kami
Kami perlukan rencah itu untuk bersama
Kami tagih azimat kalian
untuk berbahagia
untuk melengkapi
untuk bersama
di SINI
dan
di SANA

:(



Di dalam hujan lebat ku membawa diri 
Petir berdentam dentum menggoncang kalbuku 
Tiada siapa yang peduli 
Menggigil tubuhku

Di dalam basah kuyup aku menangis tersedu 
Menahan kesedihan 
Terbayang aku wajahmu 

Lalu aku pun berlari


~MataAirCinta~

Dia sakit aku juga sakit..dia kecewa aku juga kecewa..



MataAirCinta..janganlah begini..ingat janji2 kita??? kita akan kongsi bersama segala-galanya..susah senang kita bersama, jatuh bangun kita berdua..jangan bertindak begini..ini dugaan ALLAH buat kita..ujianNYA untuk kita..
MataAirCinta..diri ini teramat risau..terlalu susah di hati..berdirilah teguh denganku untuk melawan arus..temanilah aku untuk meneruskan liku-liku ini..

warkah cinta ii




LOVE YOU !!!!So Much!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Merak Kayangan..
Apa Khabarmu di sana??
Ku mohon, terimalah surat ini, dengarkanlah suara hatiku, dengarkanlah bisikan asmaraku dari kejauhan. Ku utuskan salam rindu, ku rantaikan jutaan kasih sayang, ku gubahkan cinta nan sejati hanya padamu kekasih. Bukan sekadar di atas kartu putih, bukan hanya kepada bisikan pawana bisu, perasaan ini benar-benar tulus buatmu..

Merak Kayangan...
Hati suntiku tak mampu lagi untuk mendampingi dugaan rindu ini keseorangan. Acapkali aku bersujud padaNYA, tak putus-putus doa ku karangkan. Semoga kita cepat di satukan.


Selasa, 30 Oktober 2012

mutiara cinta DR.HM Tuah



Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci.

Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak akan menjadi salah.

Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti.

Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal

Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci.

Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah.

Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apa yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi.

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

u make me cry :(


Alam..
pujuk lah hati ku


Bulan..
sejuk kan hati ku


Hujan..
lemas kan rindu ku


Aku tiada daya lagi 
Aku tiada daya lagi
Aku tanpa daya lagi
... merawat sendiri rindu ini
... merubat sendiri luka ini
... menyandar sendiri pada harapan

~sampai bila~





knp masih lagi mimpi yang sama??

Rabu, 24 Oktober 2012

....Jangan pisahkan...




MataAirCinta..

Aku masih seperti dulu
Masih memujamu
Aku masih seperti waktu itu
Menggenggam sebuah harapan 



Selasa, 23 Oktober 2012

Kehadiranmu

Dalam kasih ada sayang
Dalam sayang ada rindu.
Dalam rindu ada cinta..
Dalam cinta ada dia…
Dia yang membuat hidup ku bahagia…
Dia yang membuat aku menjadi sempurna…
Dia yang mebuat aku lebih ceria..
Dan dia yang membuat ku lebih bermakna…
Setiap hari langkah ku kini
menjadi lebih bertenaga.dan lebih bermakna
Dengan adanya dia di sisiku..
Aku tidak lg kesepian dan juga keseorangan…
Sayang….
Terima kasih atas kehadiranmu

MataAirCinta

MataAirCinta

saya rindu awak


:(



MataAirCinta

Izinkan saya terus mencintai awak

Izinkan saya terus menyayangi awak

Izinkan saya untuk mengasihi awak




Isnin, 22 Oktober 2012

rindu serindu rindunya

Malam itu
Aku begitu sepi
Gelap malam seakan mengerti
Apa yang terbungkam
di lubuh hati

Malam itu
Kilauan cahaya
berpecikan segenap ruang
Tapi
Ruang aku
tetap gelap

Malam itu
Aku semakin rindu
Rindu serindu rindunya
Menusuk ke lubuk semerah kiri

Malam itu
Sungai yang di susuri
Membawa aku jauh kepada kesepian
Angin malam itu
Mendinginkan lagi
Perasaan yang bercampur bagai
Setitis jernih membasahi pipi
Dalam kepekatan malam itu

Malam itu
Aku terlalu merindu
Merindu dari kejauhan
Rindu serindu rindunya
Tatihku
Tak sekuat kelmarin
Langkahku
Tak segagah semalam
Senyumku 
Hanya indah pandangan kasar

Malam itu
Aku hanya di temani mutiara jernih
Sehingga terlelap
Tika bangun
Mutiara itu yang menyambut
Hari baruku
Semerah kiri berdetak
Aku terlalu rindukan Dia
Rindu serindu rindunya
Semerah kiri juga bertemankan 
mutiara jernih.

Sabtu, 20 Oktober 2012

semakin hari semakin sayang


Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu 
senyuman di bibirmu 
menawan kalbu


Mengapa hanya bayangan
tak sanggup berjauhan
andainya kita bersua 
betapa mesra

Ku dampingimu oh sayang
hatiku berlagu riang
teringat malam dan siang
bertambah sayang

Sungguku terpesona
serasa kau bersama
memberi kucupan mesra
daku bahgia

Semakin hari ku kenang
jiwa kurasa tak senang
semakin hari ku pandang
semakin sayang



mata yang indah

Aku ingin melihat matamu yang indah
sinfoni nan syahdu
mengalun melalui lorong hatiku
sukma gemalai
mengikut irama jiwa
tarian panahan cinta



Aku ingin terus melihat matamu
tanpa sayap-sayap katamu yang indah
dan
cinta sentiasa hidup nan abadi


Jumaat, 19 Oktober 2012

dEmI cINTa



Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-29 Sayang.

semoga hidup awak diberkati oleh Allah.
dimurahkan rezeki.
keselamatan awak walau di mana pun terpelihara.

birthday awak tanpa celebration. tanpa kek, tanpa hadiah, tanpa saya.
hari ini, 19 oktober 2012.
sepatutnya hari bahagia buat awak.
tapi.
bagi saya.
ia sama seperti hari-hari lain.
saya masih setia.
menanti.
semoga jodoh kita masih dan akan berpanjangan.
insya Allah.

happy birthday darling baby! i love and miss you.


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sayangku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Hadiah
Namun
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sayangku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


Rabu, 17 Oktober 2012

cintai aku




Dan kini bahagia itu ada diantara kita...

Biarkanlah...

Agar selamanya dia bertakhta indah dlm balutan kisah...

Siramlah...

Agar tetap subur sepanjang nafas masih di jiwa...

Semailah...

Ketika kau dan aku diantara rindu yg membatu...

Kini terlalui hari dgn kasih..

Meski terkadang tersembunyi,,, 


Namun tak lama,,, 

akhirnya kembali..

Kepelukan kasih sejati... 


Kekasih ku....

Ketika jarak memisahkan kita..

Namun jiwa kita bersatu dlm Cinta...

Tak peduli sejauh mana..

Tak peduli di belahan dunia mana..

Dirimu tetap berada...



Cinta itu memberi, seperti berkata "Aku mencintaimu apa adanya'',.. Tanpa menuntut "Cintai aku apa adanya.

Kekasihku Kemarilah
tak kan kubiarkan sembab kembali mengalir di matamu
biar kuhapus duka di wajah kacakmu
bersandarlah di dada ini dan benamkan rindumu di dasar sana

Selasa, 16 Oktober 2012

~Bekal Cinta~

Keikhlasanku lafaz dalam bicara
Ketulusanku di dalam rasa
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kehadiranmu membina semula
Harapan yang terkubur
Yang ku sangka berakhir


Kejujuranku tersirat dalam jiwa
Kesetiaanku tiada kau duga
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kasih sayangku tiada nilainya
Tanpa risikan harta
Dan keindahan rupa

Isnin, 15 Oktober 2012

~aku tak akan bersuara~

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku 
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi...
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku

Ahad, 14 Oktober 2012

~Mahar darimu~

Assalamualaikum MataAirCinta...

Dengan Rahmat Ilahi, kasih sayang yang ada untukmu masih kekal sehingga detik ini.Cinta hatiku tak pernah padam untukmu walawpun sesaat. Terima kasih di atas penerimaanmu akan kehadiranku ini walaupun aku insan yang terkemudian dalam hidupmu.

MataAirCinta,
Engkau adalah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. Mencintai Allah dan Rasul adalah 1 kewajipan. Kerana cintaku kepada Allah dan Rasul tak pernah goyah, maka lahirlah perasaan cinta indah ini di hatiku kepadamu yang juga mencintai Allah dan Rasul. Aku mencintaimu kerana Allah dan rasul. Aku menyayangimu kerana Allah dan Rasul dan aku mengasihanimu kerana Allah dan rasul.

MataAirCinta...
Penggemudian kita dalam hidup ini masih lagi terlalu jauh. Perjalanan kita masih lagi panjang. Aku perlukan dirimu , untuk menemaniku meneruskan perjalanan ku di bumi Maha Pencipta, sebagai kawan, teman, sahabat, pendidik , penasihat , imam , guru , suami , pembimbing , dan ayah kepada anak-anakku. Aku perlukan dirimu untuk jadi pelengkap hidupku yang masih lagi gersang di Bumi yang luas ini.

MataAirCinta...
Dengan rasa rendah diri , aku sedia menjadi peneman hidupmu sebagai kawan, teman, sahabat, pendengar, pembantu, makmum, guru, isteri, pembimbing, penolong, dan ibu kepada anak-anakmu suatu masa nanti.

MataAirCinta...
Seiringlah denganku untuk terus berdoa dan bermunajat kepada Maha Esa, agar hubungan ini di restui dan di terima, oleh kaum kerabat kita terutamanya ibu dan ayah. Kerana restu kedua orang tua kita adalah restu Allah juga. Bergandinglah denganku untuk terus berdoa agar hubungan kita di panjangkan dan di ikat dengan sah dengan lafaz ijab dan qabul. Maharku hanya darimu seorang yang mencintaiku kerana Allah dan Rasul.

Mencintaimu dan menyayangimu di segenap ruang waktu hidupku.

Khamis, 11 Oktober 2012

KISAH NABI IBRAHIM DAN ISTERI NABI ISMAIL


foward by : MataAirCintaKu


Pada satu ketika Nabi Ibrahim menziarahi Nabi Ismail. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah ini? Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran bukan? Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri kita sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’.

Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” ~(Surah Ibrahim, ayat 7)

Hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” ~ (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang-orang yang soleh dan solehah.

~indahku~

Malam ini, kurasakan bahagiaku menjadi kekasihmu sayang...
Kurasakan hangatnya cintamu memeluk erat dingin tubuhku.
Aku mencintaimu, sayang.
Andai kau tau semua, bahwa aku AMAT SANGAT MENYAYANGIMU!!!


Tak inginku kehilanganmu..
Walau barang sekejap.
Karena kehilanganmu bagai kanan yang kehilangan kirinya.
Bagai malam yang kehilangan indah bintangnya..


Yaa... malam....
Untuk kesekian kalinya aku menulisakan tentang malam.
Bukan karena malam itu indah untukku.
Tapi karena kau membuat malamku menjadi indah..
Kau indahku...
kau bahagiaku...
Dengarlah baik-baik sayang....


AKU MENCINTAIMU !!!

sangat-sangat sakit


                          -------------> aku tetap di sini. bersama simerah kiri <---------------

Rabu, 10 Oktober 2012

~SEMERAH KIRI~


masih lagi seperti dulu
rapi
kemas 
utuh
walaupun kedut
di tongkah masa

kekagumanku
semerah kiri
masih lagi
hidup
walau terkadang 
ada sendu yang
membungkam

segalanya di teruskan
dengan
kuatnya cengkaman
semerah kiri
tanpa jemu
walau di cemburui


KEKASIHKU MALAM



kekasihku malam

hanya kerinduan dan kedinginan

menemani sepinya gelap malam

hanya rintik hujan 

memelodikan suasana 

sepi kelam

hanya semilir angin

membelai resah





kekasihku malam

bintang-bintang kemilau bersembunyi

kemana perginya

sang rembulan hilang indahnya

menyendiri tanpa

di temani

tidak berteman




kekasihku malam

sepi itu sebenarnya indah

akan tetapi

lebih indah jika

semuanya bersatu

di halaman rindu...

Isnin, 8 Oktober 2012

~Sepi seorang perindu~


Tulusnya cintaku hanya kepadamu. Ya,aku akui aku insan terkemudian hadir dalam hidupmu..TAPI, untuk pengetahuanmu, aku adalah satu2nya Insan yang amat menyayangimu selepas ahli keluargamu..Hanya namamu untuk simerah kiri..



Jumaat, 5 Oktober 2012

~Salam Rindu~



Rindu ini jernih untukmu. Walau ada saja cubaan hidup. Aku berhak ke atas perasaan ini. Walaupun aku hina di setiap pandangan mata yang memandang...

Selasa, 2 Oktober 2012

~sAkiTmU aKU juGA tERasA~

Sayangku..
Semoga cepat sembuh.
Rasa berat kaki ini untuk melangkah pulang
Sendu di jiwa ini meninggalkanmu
Sebak tak terungkai melihat kecederaanmu sebegitu.
Sayangku..
Biar di mana sekalipun situasimu
Kelautan mana pun berdirimu
Aku tetap disini
Bersamamu
Seiring denganmu
Menemanimu
Melengkapi hidupmu.
Sayangku...
SUDIKAH MENYELAMI LAUTAN KEHIDUPAN BERSAMAKU???

semoga cepat sembuh


Dengan kasih yang terpatri, dengan jiwa tersemat rapi, sebagai insan yang amat menyayangimu, aku doakan semoga engkau cepat sembuh dari sakit yang ada..dengan harapan engkau mampu menjalani kehidupan sediakala..aku seorang insan yang amat menyayangi dan mencintaimu, tak putus-putus doa ku titipkan buat dirimu walaupun aku tak mengetahui kedudukan sebenar aku di hatimu...

AKU..
akan kekal disini, seperti dulu..
terus menyayangimu walau dalam apa keadaan sekalipun..

AKU..
akan terus mencintaimu..
sehingga kapan pun,
walau aku dimamah usia.



Isnin, 1 Oktober 2012

Aduhai sayang..


Menggigil tubuh ini, terima berita dirimu kemalangan..jantungku berdegup kencang. Selaju semboyan akalku berfikir.Ya Allah,aku mohon padamu di fajar ini, jauhkanlah insan yang aku cintai ini dari segala keburukan di atas kecelakaan subuh tadi..


Sakitmu sayang terasa di simerah kiri..pedih..sebak..ngilu...rembisan air jernih ini tak dapat di kawal.
Bagaimanakah keadaan dirimu??sendu di hati..resah dijiwa..