Ahad, 31 Mac 2013

Gerimis pagi

Assalamualaikum Belahan Jiwaku..

Pagi ini Cinta Hatimu titiskan lagi jernihan kaca dalam senyuman. Disini dan pagi ini kita kembali berjarak jauh. Ku hantar kau pulang dengan gerimis di semerah kiri. Ada gembira di wajahmu. Tapi di senyumku tiada  sinaran mentari. Saat ini yang paling aku benci. Perlu berjauhan denganmu. Berat kaki untuk kembali ke tempat menabur bakti. Ada gundah dah sendu dalam setiap langkah yang disusun.

Tiap saat aku menghitung. Bila akan tiba waktu itu.

6 tahun telah kuredah. Kini berbaki lagi dengan menyusun janji-janji kita.


Sabtu, 30 Mac 2013

angin malam



Malam ini, kita bersama menghirup dan memelok dingin malam. Cukup indah. Berlatarkan Jambatan biru, bermuzikan dentuman mercun...Kita mengharungi malam bersama keluarga. Kau dan aku bertaut mata. Ingin saja kubisikan padamu :- "segalanya menjadi indah tika kita bersama" "Selama ini dirimu ku sayang" "Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu"


Khamis, 28 Mac 2013

Penggantimu


Terima Kasih MataAirCinta...
Pemberianmu ini peneman aku di kejauhan..
Terima Kasih kerana berikan aku teman yang bermakna sepanjang kita berjauhan...
Aku amat menghargainya

Jumaat, 22 Mac 2013

Rindu


Ku sendirian 
Mengharungi semua
Detik yang berlalu bagaikan bertahun lamanya
Tak daya aku mengharungi

Ku merindui senyuman tawamu
Ku meingini belaian manjamu
Ku mendambakan engkau disisiku
Semoga doaku ini terjawab

Kita bersama lalui semua
Walaupun dugaan datang menimpamu
Tiada mungkin gusar atau gentar
Semua pastikan reda nanti

Bersama kita berdoa tak akan putus harapan
Kelak mimpi menjadi realiti

Ku Berjanji Karna Cinta – Anuar Zain


Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Selasa, 19 Mac 2013

~Bersatu Airmata dan Hujan~



Aku,
Malamku dan rinduku
Disini,
Bersatu airmata dan hujan
Esakan 
Melodi peneman.

Aku,
Bersatu airmata dan hujan
Nyayian alunan khas
Di setiap helaan nafas.



Dalamnya ukuran rinduku ini
Menyeka tiap titisan jernih
Yang
Bersatu 
Dengan dakapan cinta.

Malamku, 
Miliku
Bersatu airmata dan hujan
Tak ku kesali
Tak ku sesali.


Bersatu airmata dan hujan
Menadah berjuta rindu
Ku cantingkan
Dalam bait-bait cinta
Melalui tiap desah nafas yang ku hembuskan.

Bersatu airmata dan hujan
Tika rinduku bertasbih dalam senandung jiwa
Tika kasihku bertasbih pada hati
Membelaiku 
Dengan penuh cinta
Kepadamu

SAYANG KAMU MATAAIRCINTA 




Terima kasih

Bersama kita disini
Menyemai cinta 
Mengota janji
Memeterai apa yang di harapkan.

Bersama kita disini
Berdiri teguh
Dengan izinNYA
Menemukan kita kembali

Bersama kita disini
Genap 9 bulan
Penyatuan dua hati
Di petak semaian cinta.

Terima kasih abagsyg..menemani sygmu tiap waktu, tiap saat , walaupun kita berjauhan.
Terima kasih abgsyg..menerima tasbih cinta ini..di hujung simpang perjalanan.
Terima kasih abgsyg..hadirmu memberi sygmu kekuatan dan kecekalan.
Terima kasih abgsyg..sudi belayar dengan sygmu di lautan gelora ini.

Sygmu tak pernah berhenti menyintaimu.
Sygmu tak pernah jemu merinduimu.
Sygmu tak pernah lupa akan dirimu.
Sygmu tak pernah sesal dan kesal menyayangimu.

Abgsyg...jagalah pemberianku ini.
Abgsyg...jangan pernah lupa siapa dirimu padaku.
Abgsyg...kau yang terindah bagiku.





Isnin, 18 Mac 2013

Aku


Kau adalah nyanyian yang sentiasa menemaniku
Tiap detik tiap saat
Seiring udara yang ku hela
Selalu ada


Aku, 
 Airmata ini
Terus 
Menitis tanpa henti
Segenap alam 
Gelap
Sunyi
Sepi
Seakan mengerti
Apa yang membungkam
Di benak hati ini.


Aku,
Mencintaimu
Merinduimu
Mengasihimu
Menyayangimu
Tanpa pernah mengerti
Apa itu jemu.


Aku,
Hari ini sampai seterusnya
Akan terus begini.


Aku,
Kisah ini tak kan di lupakan
Meniti hari
Dengan menyintaimu
Selimut jasad 
Sepanjang kerinduan.


Aku,
Terlalu lama ku pendam
Semua rasa ini padamu
Kini ku sudah tak tahan
Ku ingin kau tau semua..
Aku mencintaimu
Cintaku sudah lama tumbuh atas namamu
Sekian waktu...sekian hari
Namamu sentiasa berdegup
Bersama jantung yang berdetak.


P/S:-Moga jauhnya kita, memberi kita ruang menghargai apa yang ada
        Moga bila berjauhan kita akan lebih setia
        Moga perpisahan sementara ini menguatkan lagi apa yang kita rasa.







Ahad, 17 Mac 2013

akan ku setia menunggu

Berputik Dalam Diam -azie

Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Engkau terlalu istimewa
Buat ku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi kucuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Mengecap bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Di saat aku tersiksa begini
Fahamilah sayang

ku yakin cintaku


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Cintaku Hanyalah Padamu


Ku tuliskan lagu ini,
Kupersembahkan padamu,
Walaupun tiada indah,
Syair lagu yang ku gubah....

Kuingatkan kepadamu,
akan janjiku padamu, 
hanyalah satu pintaku, 
jangan kau lupakan aku.......

Walau apa yang terjadi,
Tabahkan hatimu selalu,
Jangan samapi kau tergoda,
Mulut manis yang berbisa...

6 Tahun kita berpisah,
serindu serasa sudah,
duhai kasih pujaanku,
cintaku hanyalah padamu

~adaptasi dari lagu gubahanku~


Jumaat, 15 Mac 2013

Sayang Padamu

senyumanmu dan kasihmu menusuk dan membelai kalbu sejak detik pertemuan..tiada kata seindah bahasa dapatku huraikan tentang kesucian kasihmu..ia terlalu indah untukku..ku ukirkan senyumanmu dihatiku sebagai penguat kasih kita..keindahan hubungan kita adalah hiasan yang terindah didalam hidupku..


Khamis, 14 Mac 2013

Warna Rindu Ini

Abgsyg..
Saat dan tika ini, rinduku padamu terlalu kuat. Hari ini detik 14 mac 2013. Lagi sebulan genap usiaku 30 tahun.. Terasa bahang 7 tahun yang lalu. Masihkah kau ingat 14 april 2006??

Abgsyg..
Ingin kuungkap semua rasa, curahkan cinta ini..Untukmu, hanya dirimu
rindu itu aku bawa sendiri...rindu itu aku bawa diam diam...rindu itu ku simpan di dalam hati..
kemas dan tetap di situ..hadir nya bukan aku minta dan pinta..hakikat hanya aku yang rasa

Abgsyg..
Rindu yang ada ini teman aku di perantauan..menyusur segala badai di depan
Rindu ini buatkan aku tidak pernah lupakanmu
Rindu ini juga berikan aku kekuatan
Mencanting langkah tanpa dirimu disini

Abgsyg..
Aku tetap gagahi walau gunung tinggi mencakar
Aku bekalkan dengan kasih yang engkau berikan kepadaku
Ini keyakinan yang ada dalam cinta yang satu


AkU denGAn SeSUATu....

MataAirCinta,
Cintaku padamu lebih tinggi dari gunung,
Sayangku padamu lebih dalam dari lautan,
Kasihku padamu lebih luas dari alam...

Engkau pemilik cintaku selepas Allah,Rasul dan Keluargaku..

Moga ceritera cinta kita sampai ke penghujungnya
Moga kasih antara kita kekal abadi


Kalimah cinta

Pepohon cintaku kian merimbun 
Semakin dicantas makin bertunas 
Tidak mampu mendustai hatiku 
Rasa cinta fitrah manusia 

Siapalah aku menolak cinta 
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa 
Hidup ini tidak akan sempurna 
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa 

Adam Hawa bercinta di Syurga 
Angkara iblis terpisah menderita 
Kerana cinta mereka setia 
Bertemu di dunia 

Dengan cinta kenal Pencipta 
Dengan cinta kenal RasulNya 
Kerana cinta kenal saudara 
Bahagia keluarga 
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta 
Sengsaralah jiwa 
Sengketa dan dusta 
yang merajai jiwa 

Di batasan cinta syariat terjaga 
Tanpa keraguan tanpa kesangsian 

Betapa sucinya kasihMu Tuhan 
Betapa agungnya kebesaranMu 
Diri ini mengharapkan cintaMu 
Kekalkanlah rasa kehambaan ku


~inteam~

Rabu, 13 Mac 2013

Bingkisan cinta buatmu




Tak kuat aku menatapmu
Saat kau tersenyum padaku
Sungguh tampannya kamu
Saat menatapku dengan senyuman

Rasanya melayang ringan anganku
Saat kau genggam tanganku
Jalan-jalan menyusuri taman rindu
Bunga-bunga senyum lihat kau dan aku

Anginpun datang menyolek kulitku
Seakan-akan menyuruhku
Segera menyatakan kepadamu
Bahwa aku cinta kamu

warkah buat bakal zaujku


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..selawat serta salam buat junjungan mulia kekasih teristimewa.....

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang jarang kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh keluarga yang disayangi. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ... "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua ibu dan ayah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ... ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) 

Bakal zaujku..
 Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. 

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul kepada para isteri...

 Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. 

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. 

 Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan. 

Wassalam .::.







wahai bakal zauj ku..
 (wan norzuhaidi)
ingatlah satu perkara,
"aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu itu dari dirimu,
maka hilanglah cintaku kepadamu"

::Buat bakal zauj yang bakal mendampingiku kelak
wan norzuhaidi ::
terima kasih kerana telah memilihku daripada ribuan muslimah di luar sana, padahal kamu amat tahu, aku hanya wanita biasa yang jauh dari kesempurnaan. maka ingatlah pesananku..

::Kepadamu yang akan memilihku kelak..::
Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

::Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..::
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa.. yang sebenarnya ingin sekali menjadi seperti Saidatina Fatimah. tapi siapa la aku dibandingkan dengan anak Rasulullah.

::Maka, bantulah aku dalam membentuk keperibadian seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah::








Jumaat, 8 Mac 2013

engkau yang ku cinta

Aku telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta. Tapi pertama kali aku bertemu mu, hati ini terus terpaut. Demi Tuhan, aku tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Kau....yang kini membuat hati ini berdenyut lagi dengan erti cinta, memberi aku nafas baru agar aku tahu maknanya erti sebuah percintaan. Redup matamu itu memukau seluruh genap hatiku ini...
Kau bagaikan telah dianugerahkan padaku sebagai pendampingku...
Hanya dengan doa ku ucapkan padamu yaALLAH...
Kerna telah menganugerahkan ciptaanmu yang paling indah...
Sesungguhnya aku bersyukur dengan anugerah ini dan tiada ku sesali lagi...
Kini ku merasakan hidup ini telah sempurna dengan kehadiranmu...
Akan ku jaga ia agar sentiasa mekar dan harum dengan kasih sayang ini...
Kini..hanya cinta kita yang akan berjalan di atas rentak kehidupan yang akan kita corakkan...
Dan hanya kita yang akan membuat perjalanan ini cantik atau buruk...
Kerana cinta ini adalah milik kita berdua...
Baik atau tidak semuanya terserah atas kita mencorakkannya...
Hanya ku harap baiklah semuanya dan bahagia selamanya hingga nyawa meninggalkan jasad ini...

Semaian Cinta


Malam semakin larut 
tapi
 mata ku seakan2 belum mahu tidur..
Degupan hatiku semakin deras..
Bila saja ku melihat wajah mu di carta hatiku..
Apakah ini satu petanda yang ia berikan..
Rasa cinta yang selama ini ku dambakan..
Memanggil-manggil namaku semahu-mahunya..
Oh Tuhan tolonglah aku hambamu yang naif ini.

Selasa, 5 Mac 2013

kekanda




Cinta kita laksana hujan,
 yang jatuh lembut..
tapi mampu membanjiri sungai

Ahad, 3 Mac 2013

cinta dan rindu padamu








Permintaanku


KESETIAAN MENGUKUHKAN CINTA JARAK JAUH


Permintaanku:-

*Hargailah cintaku padamu
*Setialah denganku
*Jangan ada dusta di antara kita
*Semarakanlah cinta yang ada
*Jangan ada benci bersama kita
*Jagalah cinta ini
*Jangan lupa cintaku padamu
*Sampai masa jika aku tiada di sisimu,
ingatlah..aku insan yang amat
menyintaimu..Dunia dan Akhirat

Sekeping warkah CINTA ~Hanya dirimulah Kekasihku~


Assalamualaikum…………

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku. Buat Belahan Jiwa…Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindukanmu. Rindu yang mendambakan kasihmu.

Belahan Jiwaku,
Ingin aku katakan padamu bahawa kau amat beerti padaku. Tak pernah sekali aku terfikir untuk menduakanmu. Benteng keutuhan setiaku cukup tinggi dan aku tak akan biarkan cintaku padamu terlepas dari sempadan hati ini.

Belahan Jiwaku,
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar-­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Belahan Jiwaku,
Tiadalah sebaik kata-­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Belahan Jiwaku,
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.

Belahan Jiwaku,
Sekarang ini aku penat memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benar­benar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu.


~Cinta Hatimu~

Sabtu, 2 Mac 2013

Tulus Cinta Kita




Jarak bukanlah penentu
Tidak semestinya jauh itu jauh
Kerana ada ketikanya Jauh menjadi dekat
Dan tidak semestinya dekat itu dekat
Kerana ada masanya dekat itu jauh


Yang jauh itu hanyalah jasad
Namun jiwa kita tetap bersama
Walau dimana
Tidak kira masa
Diiringi doa
Selama-lamanya