Jumaat, 20 Disember 2013

Malam pertama aku sebagai isteri


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranmu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah.

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMU di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akam membimbing tanganku dititianmu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara ku di JannahMU
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMU
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMU
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah RahmatMU YA ALLAH
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukmu...
Aku buta tanpa bimbinganMU..
Aku cacat tanpa hidayahMU..
Aku hina tanpa RahmatMU...
Ya Allah kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMU
Jadikan aku isteri yang disenangi suami.

Ya Allah
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMU Ya Allah aku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMU
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru.

Ya Allah
Aku hanya ingin menjadi isteri yang di rahmati
Isteri yang di kasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati
Amiinn...amiinn Ya Rabbal Allamin...

Selesai Majlis Akad

Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku telah kau miliki

Dalam keterharuan
Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau akan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju Yang SAtu

Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan Cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia

Suamiku
menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Salam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah

Suamiku
berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kenalkan daku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu

Sabtu, 14 Disember 2013

★Menadah gerimis senja★

Berteleku di perut sejadah, amati esakan semerah kiri. Remukkah?? Kecewakah??? Terasakah?? Berguguran airmata tanpa henti. Masih jelas kata-kata itu di tubir telinga.
Aduhai rasa, kapan akan jadi sediakala.



Jumaat, 13 Disember 2013

Perjalananku musafir maya.

Ya Allah Ya Rahman..
Aku berkarya dengan izinmu.
Ampunilah segala dosa-dosaku.
Semoga hidayah dan rahmatmu
Mengiring perjalanan di setiap ruang musafirku.
Jika terguris hati ini adalah kafarah darimu
Aku terima dengan redha.
Andai terasa jiwa ini adalah dam ku dalam musafir maya
Aku menyerah padamu yang maha Adil.

Aku bersyukur di lahirkan begini
Tidak pandai berkata-kata
Tidak hebat berperang
Tidak hebat menyusun ayat
Tidak hebat menuding kalimah-kalimah
Aku akui kelemahan diri
Sekurangnya
Tiada yang terasa hati.

Ya Muhaimin..
Pimpinlah aku di alam maya ini
Kerna
Aku tahu aku hanya menumpang di duniamu.
Engkau pilihlah lidahku untuk sentiasa mengungkap kata-kata indah
Engkau peliharalah mulutku agar tidak menyakitkan hati sesiapa
Pimpinlah aku di jalan Keredhaanmu
Kerna
Aku takut bermusafir di tempat persinggahan sementara ini.


Selasa, 3 Disember 2013

Dugaan menjelang walimah

Ada lebih kurang 18 hari lagi kenduri akan di langsungkan
Saat-saat akhir begini
 macam-macam dugaan bertandang.
Tarikh kenduri walimatul urus aku terpaksa di ubah.
Habuan dan nasib badan.



Projek mengedit kad walimah.
1200 kad jemputan perlu di edit semula.
Nasib badannnnn

Ahad, 1 Disember 2013

Bakal Suamiku



Bakal Suami ku......
aku tidak lah sesempurna Saidatina Khadijah untuk kau banggakan....
aku tidak la setabah Siti Hajar untuk kau perlukan.......
aku tidak la semanis Zulaikha untuk kau pandang......
aku tidak la sekuat Maryam untuk kau dambakan......
aku tidak la semampu Rabiatuladawiyah untuk dijadikan serikandi......

namun aku punya sekeping hati yang tulus ikhlas untuk jadikan mereka sebagai contoh kepada ku untuk menjadi yang terbaik untukmu hanya kerana satu......kerana CINTAKU PADA ALLAH YANG SATU DAN RASUL......PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL.......

insyaAllah.......

Jumaat, 22 November 2013

warkah hati



Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.  Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Selasa, 19 November 2013



Kepada Bakal Suamiku ..


Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, yang serba kekurangan,kenapa Allah menyarankan manusia menyalurkan cinta melalui pernikahan...kerana melalui pernikahan itu, segala yang haram bertukar menjadi halal melalui akad yang sungguh murni....dan banyak keuntungannya.


Kadang-kadang saya tertanya kenapa saya terima awak sebagai calon suami saya..?Kerana hati saya telah memilihnya dan itu berlaku dengan izin Allah..

Suami isteri bukan suatu tempat berhentinya segala halangan hidup malah lebih besar cabaran yang akan kita tempuhi dan proses mengenali diri masing-masing antara suami isteri itu tidak akan tamat sehinggalah kita kembali ke Rahmat Allah..


Saya tidak akan komen apa kebaikan dan keburukan awak kerana saya masih tiada hak, cukuplah apa kelemahan kita yang kita rasa perlu dibaiki lalu kita berusaha membaikinya kerana saya masih tiada hak untuk menyenaraikan kelemahan awak..hak itu akan saya dapat setelah kita berkahwin nanti..

awak sudi memilih saya sebagai calon isteri awak yang walaupun saya ni penuh kelemahan...


Saya berpegang kepada...

-berkahwin dengan orang yang berharta...(bukan sama sekali)

-berkahwin kerana orang tu suka kita...(tidak sangat)

-berkahwin untuk mendapat pahala...(yang ini benar)


Saya juga berpegang kepada prinsip janganlah terlalu memilih orang yang bagus..tetapi bersama-samalah berusaha menegur satu sama lain (suami isteri) sehingga sama2 menjadi bagus...


Semoga jodoh kita dipercepatkan dan dimurahkan rezeki..seterusnya dipermudahkan urusan kita...dan semoga kita sentiasa tergolong sebagai hamba-hambaNya yang bersyukur...

Kalungan kasih

Aku tak menduga dari kenalan lahir sayang
Aku terima kau siapa
Sekalung kasih ku korbankan
Dan
Selautan sayang
Hanya itu yang mampuku berikan

P/s: MataAirCinta...
Hari ini genap setahun 5 bulan kita bersama
Ingatkah di kau tarikh itu???

Jumaat, 15 November 2013

AJNABI

Kurangkai kata agar menjadi sajak berkalung
Kurangkai bait-bait agar hati menyatu
Yang menulis nukilan
aku si cincin tunang
Di jari manis setia menyahut rindu

Kita masih ajnabi
Bukan lagi suami
Dan
Juga bukan lagi  isteri

Sabtu, 19 Oktober 2013

Terima kasih

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah genap setahun 4 bulan kami bersama. Berbagai badai di lalui. Orang-orang tua selalu cakap, dalam cinta ada 2 bentuk sifat. Memberi dan menerima. Sekarang aku mengerti kata-kata itu.

Terima kasih tunangku.
 Bersama denganmu adalah saat yang paling indah. 
Hari nie kita berkongsi
Suka duka bersama
Dan
Tunangmu ini berharap
Akan kekal bersama
Begini hingga akhir hayat.

Tunang kesayanganku
Engkau lah kekasih
Yang amat kucinta
Tiada duanya
Walau apa pun terjadi.

Terima kasih kerna menerimaku
Terima kasih menerima cintaku
Terima kasih cintaku kau balas



Selasa, 15 Oktober 2013

Aidiladha terindah☆☆♥

Assalamualaikum.
Selamat pagi MataAirCinta.
Salam 1 Cinta.

Selamat hari raya aidiladha tunang kesayanganku.
Sayang mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
andai sayang ada lakukan kesalahan. Dari mata ke hati ya abang.
Tahun terakhir rupanya kita beraya sebagai pasangan ajnabi.
Tahun depan boleh la sayang kucup tangan abang.
Dan abang tak keseorangan dah.

Dah genap sebulan yer kita bertunang. Hari raya pulak tu.Apa perasaan abang sekarang?
Abang jaga cinta kita baik-baik yer.
Jaga kesihatan.
Jangan nakal taw.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Setiaku Disini

Ku terasa kesyahduan
Menyelimut malamku sepi
Ku menanti kepulanganmu
Kau janji-janjikan
Satu masa dulu

Hanya kau kasih
Kau kukasihi
Kata-kata yang dilafazkan
Mengikat jiwa dan cinta
Hingga tak termimpi
Pengganti yang lain..

Biar ku dicengkam gelisah
Dibuai rindu yang mendalam
Resah mendamba belaianmu
Yang teramat kudahaga..
Kumasih lagi setia
Biarpun takdir mencabar
Kita terpisah
Kumasih lagi di sini
Berpegang teguh kalimah cinta
Ku bisikan dalam tangisan
Yang gugur berderai ke bumi
Menjadi bingkisan ku yang akhir
Untuk bekalan jalanmu
Mencari mahkota
Menghiasi pelamin kita.

By:z.z

Selasa, 8 Oktober 2013

♥arjunaku sayang♥

Biar musim berubah
Biar gempita guruh halilintar
....cintaku tetap mekar
Harum mewangi
Segalanya untukmu
Bakal makmumku....

Rabu, 2 Oktober 2013

♡Baju kahwin♡

Alhamdulillah.selesai 1 bab yg paling penting.. kalau tak ada benda nie, mcm mana laaa nak sanding nanti. Tqvm tuk pakcik tersayang sebab sudi melayan kerenah aku yang entah apa-apa..

Aku pilih tema maroon+purple pink tuk wedding sebelah aku.. dan sebelah pihak arjuna tercinta bertemakan blue turquoise +gold..Majlis kedua belah pihak aku pilih dress sebab ala2 jubah skit..tunggu jer laa sampai hari keramat Nanti bagaimana rupanya..nie contoh lakaran yang di design oleh pakcik wan..


Bayang-bayang langit ikut merasa
Bahagia jiwa pada nikmat cinta
Syukur padamu wahai Maha Pencipta
Anugerah terindah akan dirinya
Penghibur jiwa peneman setia













Sabtu, 28 September 2013

Surat cinta pertama buat tunangku


Assalamualaikum tunangku,
Apa khabar mu disana? Rindukah engkau padaku??
13 hari aku di ikat menjadi tunangmu,
13 kali aku mimpi dirimu memelukku,
Dan
13 Kali ibuku bertanya kenapa aku menangis di setiap sujudku..

Tunang kesayanganku,
Hati ini begitu syukur pada Sang Pencipta,
Berikan aku peluang semai cinta padamu,
Beri aku masa buktikan cintaku padamu,
Dan
Berikan aku kekuatan perjuangkan cintaku padamu.

Terima kasih tunangku,
Menerima cinta dari aku,
Seorang gadis,
Seorang pengemis cinta,
Dan
Seorang yang tak punya apa-apa tuk dibanggakan.

Cintaku tulus buatmu,
Bagai irama dan lagu,
Bagai isi dan kuku,
Bagai pungguk dan bulan,
Tidak dapat dipisahkan.

Jika kau rasa kekurangan kasih dariku,
Ungkapkan..
Jika kau lihat aku alpa tugasku padamu,
Beritahu aku..

Moga hubungan kita kekal sampai syurga.
Aku mahu jadi ketua bidadarimu di sana.

Khamis, 26 September 2013

Rindu dan sayang

Selama mana rindu masih menguasaiku, 
selama itu aku akan terus menulis rindu tentang kamu..
Kau tahu sayangku,mencintaimu sangat sulit tuk di berhentikan,
Aku pasti kau tahu akan itu sayangku..
Sayangku,
Tika aku menukilkan rindu buatmu,
Airmata ini tak henti-henti mengalir,
Hati ini berdetak kencang,
Memanggil-manggil namamu,
Tanpa jemu,
Tanpa letih..
Aku ingin kau tahu sayangku,
Sayang yang ada ini,
Tidak pernah terpadam,
Dari dulu,
Ini anugerah yang sangat terindah,
Diberikan padaku untuk menyayangi dan menyintaimu,
Tanpa sebab..

Rabu, 25 September 2013

Laut china selatan

MataAirCintaku,
Hari ini kita dipisahkan antara dua tanah,
Kau disana aku disini,
Menjaga cinta dan tali ikatan kita,
Mencanai rindu dalam kejauhan,
Membina kasih di perantara lautan,
Menggenggam erat perjanjian.

Aku doakan kau bersama keluarga tercinta selamat,
Pergi dan pulang,
Jagalah dirimu sebaik-baiknya,
Jangan lupa aku disini,
Yang sentiasa menanti dirimu tanpa jemu.


Khamis, 19 September 2013

19 september 2013

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup terasa bagai di syurga
Tak sabar menanti pagi esok
Bagai kuntuman mawar sedang mekar.
Alhamdulillah..syukur di panjatkan.Hari nie genaplah usia CINTA kita setahun tiga bulan.
Sungguh indah perjalanan ini. Ada pelbagai rasa adunan dari pelbagai rempah ratus. Bahagia bila sentiasa di sayangi dan lebih indah jika kita tak pernah kedekut memberikan cinta. Seperti kata Dr.Hm Tuah "bahagia bila menjadi sang pencinta..." 

MataAirCinta,
Kini kita sedang menghitung hari menuju hari bahagia. Jagalah cinta kita sebaik baiknya. Jaga dirimu disana. Aku disini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

Selasa, 17 September 2013

Aku yang kau panggil sayang

Selamat pagi tunangku.Selamat pagi cinta. Selamat pagi sayang. Apa khabarmu disana???Rindunya sama kamu. Bahagiakah engkau bersamaku???

Abang sayang,
Aku yang kau panggil sayang,
Hanya ingin melihat senyummu,
Itu sudah berikan ku gembira.

Abang sayang,
Aku yang kau panggil sayang,
Tidak ingin dan tidak mahu melihat dirimu sedih,
Aku akan menangis sepanjang waktu.

Abang sayang,
Aku yang kau panggil sayang,
Hanya ingin membahagiakanmu,
Walau dalam apa cara sekalipun.

Isnin, 16 September 2013

♥Aku terima pinanganmu♥

♡♡Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Ilahi. Segalanya berjalan lancar. ♡♡



Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim
Aku terima pinanganmu
Aku yakin
Engkau adalah anugerah yang terindah
Yang Allah berikan untukku..

Engkau tunangku
Dan
Aku tunangmu
Kita berjalan di atas hamparan yang sama
Menuju bahagia dan mencari Redha Ilahi
Airmata,suka,duka,dan merana
Itu resepi cinta kita
Tekadku satu
Memberikanmu seluruh cintaku sayangku dan kasihku
Padamu yang bernama lelaki
Bahagiamu bahagiaku
Deritamu deritaku.




Ahad, 15 September 2013

♡♡PutraSitiHajar & PutriWanZuhaidi♡♡

Rasa gembira ini bersatu bersama titisan putih dipipi ini. Di mata kasar aku gembira dalam senyuman. Akan tapi dari lubuk yang tersirat, airmata ini gugur dengan lebat. Hati tak henti-henti berkata "akhirnya aku milikmu..kita di ikat dengan restu orang tua".
Syukur sangat-sangat. Kerna cinta yang menebal ini,doa yang tak henti-henti, aku dan MataAirCintaku diberi peluang tuk buktikan cinta kami kepada seluruh alam.

15 September 2013..satu lagi tarikh yang tidak akan aku lupa sampai akhir hayat.
Bukan senang menjaga apa yang dirasa selama 7tahun. Aku kunci dirimu rapat.Serapat isi dan kuku. 

Arjunaku,
Sungguh menawan senyumanmu hari ini.

Arjunaku,
Terima kasih kerna memilih diriku menjadi tunanganmu.
Pinanganmu ku terima.
Dan
Selamanya engkau putraku dan aku putrimu.



Kau yang terindah sayangku






Isnin, 2 September 2013

Kembali mengundang

Malam nie hati ini kembali terbalut dengan airmata. Bukan lagi gerimis. Tetapi hujan lebat.
Marahkah aku??
Terlukakah aku??
Terguriskah aku??
Cemburukah aku??
Aku tak pasti apa yang dirasa semerah kiri. Sepi dan gelap malam sudah bersedia membiarkan tangisan sendu ini membasahi sunyi alam.
"Bertuahnya dirimu. Walaupun tidak bersama lagi, arjunaku tak lupa ucapkan hari lahirmu"
"Mereka ada kenangan manis yang begitu lama. "
"Sedangkan aku, insan terkemudian hadir membawa watak pengemis cinta."

>MerakDesa, begitu banyak dugaanmu. Sabarlah duhai hati..<


Khamis, 8 Ogos 2013

Moga kebahagian bersama kita

Terasa sendu di lubuk hati. (Rupanya aku masih ada jodoh dgn MataAirCinta).
Terima kasih ya Allah kerna mendengar bisikan doaku. Tanpa MataAirCinta duniaku
Kelam dan sepi. Hanya jasad nampak teguh. Tapi hati, kosong...

Doakan cinta kita ya buah hatiku

Pic selepas majlis merisik

Syawal yang barakah

Assalamualaikum..selamat pagi..salam lebaran buat semua pembaca blog MerakDesa terutamanya MataAirCinta.

MerakDesa dengan ibu tersayang tengah siapkan apa yang perlu. Hari nie, sempena 1 syawal yang mulia nie...keluarga MataAirCinta nak bertandang dan merisik. Harap semua berjalan lancar.

Selamat hari raya yaaa.

Mohon ampun dan maaf.

~Sayu hati~

Seperti tahun-tahun lepas tiap kali MerakDesa dengar takbir, sayu jaaa hati nie.     :'(
MerakDesa rindukan semua yang pergi tinggalkan MerakDesa. ♥TOKNYANG...TOKWAN..ADIK IM..TOK♥

MerakDesa tunggu MataAirCinta.
Saja MerakDesa tak ucap selamat hari raya pada secara formal sebagai pasangan kekasih 
Pada MataAirCinta. Tahun lepas,MerakDesa ucapkan dulu,baru MataAirCinta ucapkan. Tahun nie MerakDesa nak diamkan diri. Nak lihat ingatkah MataAirCinta pada MerakDesa pada saat dan waktu barakah ini.

Ucapan dalam facebook, whatssup,wechat???
Memang ada. Tapi, esok2 kahwin, guna kemudahan tue juga ker tuk ucapan pada yang tersayang??

Adakala, kemudahan tue semua tak diperlukan. 

Bila tengok MataAirCinta tadi, hati nie berbunga2 menunggu ucapan tue. Tapi.....


Selamat hari raya yaaa abgsyg..maaf zahir dan batin♥♥♥♥♥♥♥
Sygabg saaaaaayang abgsyg





Rabu, 7 Ogos 2013

♡Alhamdulillah♡

Syukur alhamdulillah, diberi peluang menyelam di bulan Ramadhan tahun ini. Lepas nie, merindu Ramadhan seperti selalu. Dengan harapan tahun depan bertemu kembali dengan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Hari nie last berbuka..esok dah raya.

Alhamdulillah. Semua anak menantu cucu mak abah ada berbuka bersama. Dan alhamdulillah juga. Walaupun aku hamba Allah yang naif di sisiNYA, tapi aku berjaya jauhkan diri dari sifat2 "cacat otak"...

Tak sabar nak dengar takbir raya di radio dan televisyen.

Dan tak sabar juga nak dengar serta tengok abah bersama anak dan menantu2 lelaki
Bertakbir di ruang tamu.

Syukur sangat2.

Selasa, 6 Ogos 2013

Khatimah ramadhan

Alhamdulillah..walaupun hanya suku hasta waktu..tetapi amat bernilai pada sepi seorang perindu.
Berombak rasanya tetapi berjaya di pujuk gelora..terima kasih pemilik cintaku.waktu yang di luangkan sungguh berharga..



28 Ramadhan 1434 h bersamaan 6 Ogos 2013
Berbuka bersama di akhir ramadhan sebagai pasangan yang 
Menyamai cinta untuk membina masjid.

Insyaallah 
Ramadhan tahun hadapan kita sebagai pasangan suami isteri

Isnin, 5 Ogos 2013

Aku

Meniti hari-hari seperti 7tahun dulu..menangis,berdoa dan mengharap.
Biar hanya Allah yang tahu segala2nya.
Aku tetap di rasa ini hingga akhir hayat.
Terus menyintai,terus menyayangi dan terus mengasihi DIA yang terindah dalam hidupku.

Khamis, 1 Ogos 2013

Ogos kembali lagi

Alhamdulillah..dah msuk bulan ogos..dah 23hari umat islam berpuasa.
Ku harap,bulan yang penuh barakah ini, aku dan dia terus menyemai bahagia.
Moga hubungan ini sampai ke syurga..(menghitung hari)

Selasa, 23 Julai 2013

~Bakal Imamku~

Wahai bakal Imamku -bahagia itu indah-
Wahai bakal Imamku -tak henti-henti aku berdoa tuk jadi kekasih halalmu-
Wahai bakal Imamku -andai aku di jemput pergi suatu hari nanti, jangan kau lupa makmummu ini-
Wahai bakal Imamku -terima kasih menerima bakal makmummu yang sangat banyak kekurangan-
Wahai bakal Imamku -jadilah Imamku selalu-


Sabtu, 20 Julai 2013

Aku bersyukur

Ya Muhaimin..
Terima kasih kerana hadirkan rasa ini. Aku bersyukur kerana hadirkan insan ini dalam hidupku.Sesungguhnya rasa dan perasaan yang engkau berikan dan ketentuanmu itulah yang terbaik. Inilah episod terindah diriku. HADIRNYA hampir melengkapi hidupku. Terima kasih YA ALLAH. Moga ikatan ini kekal hingga bertemu di JannahMU.


Jumaat, 19 Julai 2013

Menghitung hari

Ciut-ciut beburung dengar keriangan. Senyum matahari pagi begitu manja. Mata ini masih lagi memelok rapat senyuman indah itu. Malas tuk berpisah dengan tilam empuk..Salam Saiydul Ayyam..  ;-)   ♥

Pejam celik pejam celik dah genap setahun sebulan kami bersama..indahnya tak terkata. Dugaan ujian pasti ada di setiap rentasan kehidupan. Allah sayangkan hambanya. Sebab tu di beri badai macam-macam.. ALhamdulillah..Syukur sangat2..

Kini sedang menghitung hari menanti hari bahagia. ♥

Moga bahagia kekal selamanya. ♥

Dirimu begitu berharga MataAirCinta.♥

Aku bertuah kerana dapat menjadi peneman sepanjang hidupmu♥



Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan datang lagi

Marhaban Ya Ramadah..Ahlan Wasahlan

Alhamdulillah. Bertemu kembali kita dengan Ramadhan. Thn ke-2 ramadhan kan MataAirCinta♡♥♡♥

Sepanjang bulan yang baik penuh keberkatan nie, jgn lupa doakan masa depan,hubungan dan cinta kita yer.. KEhadiran KAMU telah mewarnai hidupku.

Sabtu, 6 Julai 2013

Terima Kasih

Petang Sabtu yang sangat indah..  :-)  ;-)  ♥♡♥♡♥♡

Terima kasih yer Walid. Bawa ibu jumpa Damia. Dah lama ibu nak sangat jumpa Damia. Walaupun hajat tak kesampaian nak dengar Damia panggil ibu, tapi alhamdulillah..bertemu juga. Anak Walid,anak ibu juga kan..??



Best kan Walid. Dapat bawa Damia jalan2, main2 n makan2.. seronok bila tengok Permata hati Walid &Umi ketawa &makan.. ibu tumpang bahagia..

Tapi ibu minta maaf sangat2 anak..ibu tak berniat rebut walid dari umi..bila ibu tengok anak ibu ketawa dan pelok walid, di hati kecil ibu nie rasa bersalah sangat. Maafkan ibu.. ibu tak pisahkan kalian bertiga.. ibu harap sampai masa nanti, anak ibu akan faham..

Makin hari makin sayang

Hatiku terlalu sayang padamu..aku cinta padamu..

Biasan rinduku padamu buatku tak tidur malam..makin hari makin sayang..makin lama makin cinta..biarpun jauh di mata tapi rasa seperti di depan mata..

♥♡♥♡hati ini asyik memujamu♡♥♡♥♡

Ingatkah MataAirCinta setahun yang lepas..pada pertemuan pertama kita..

Penyanyi / Artist : Feeza
Ungkapan Kata Bernafas Cinta
Feeza

Dikeheningan malam yang panjang
Mataku matamu bertentangan
Terjalin semangat yang membuka rahsia dijiwa
Dengan getaran rasa kau bisikan
Ungkapan katamu bernafas cinta
Indahnya debaran saat pertama bersua
Tak pernah kuharapkan kau bersumpah setia
Demi kerana alam dan malam telah
Menjadi saksi kita
Ikrar cinta abadi yang bersemi
Lena dibuai angin malam ini
Kita berdua bertemu rindu bersaksi purnama
Kita bersama saling bercinta sehati dan sejiwa
Kita bersama saling berdoa
Berkekalan akhirnya...

Permata hati, ingatkah engkau lagu ini..dimana tika itu bulan menjadi saksi....

Ahad, 23 Jun 2013

Indah detik bersama

4 hari yang lepas genap usia percintaan kita setahun. Alhamdulillah di atas anugerah terindah ini..kita masih bersama dan kuat membajak cinta.. moga kekal kebahagian ini hingga akhir hayat..(syg nak jadi ketua bidadari abg di sana nanti)..

Memang langit tak selalu cerah..sebab kadang-kadang hujan di tengah hari..tapi aku bersyukur sangat..Allah bagi aku kekuatan tuk buktikan cinta,berjuang mengekalkan cinta dan setia pada apa yg di rasa..ini semua anugerah yang paling bernilai..

(Mengeliat seketika..meregangkan otot yang letih)..
Masih tergambar seraut wajahmu tika lena nyenyak di buai mimpi.



3 hari di cameron higlands bersamamu cukup indah. Walaupun kita tidak berdua..segalanya cukup indah tuk di kenang.(Syg saaaayang abg)
Sepanjang bersama di sana,cuaca dingin yang di rasa ibarat Pelukan erat darimu abgsyg..
Abgsyg masih ingat detik bersama disana???





Ya Allah
Terima kasih kerana hadirkan insan ini
Dalam hidupku
Aku benar-benar bersyukur
Di atas ketentuanmu ini
Kau berikan aku rasa
Kau hadiahkan kekuatan 
Aku menyelam kedasar rasa ini
Biarpun keseorangan selama 6 tahun.







Rabu, 19 Jun 2013

~Setahun bersama~


Assalamualaikum MataAirCinta..

Bertemu kita disini, detik ini, bersama kenangan yang lalu. Dari kejauhan ini MerakDesamu doakan agar dirimu berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Sayangku, hari ini genap kita bersama satahun. berbagai dugaan dan cubaan kita harungi. Sayangmu ini berharap moga hubungan dan ikatan kasih sayang kita kekal abadi hingga akhir hayat dan kembali bertemu di sana sebagai pasangan yang bahagia..Terima kasih kerana membawa sayangmu ini keluar dari kepompong kesepian dan kegelapan.. Terima kasih kerana memberi sayangmu ini sepenuh kasih sayang dan menerima sayangmu ini sebagai teman hidupmu.


Sayangku, begitu tinggi jasamu padaku. Tidak terbalas segala apa yang kau beri dan taburkan pada sayangmu ini. Terima kasih menerima aku yang amat mencintai dirimu. Sesungguhnya engkau yang teristimewa bagiku. Tiada yang lain. Tiada dua atau tiga. 

Tahukah engkau MataAirCintaku berapa banyak cinta dan sayangku padamu??? Lihatlah pepasir di tepi pantai..cinta dan sayangku lebih banyak dari pepasir di pantai itu. Hendakkah engkau tahu, sebanyak mana aku akan menangis jika engkau tinggalkanku??? Tika hujan datang menziarahi bumi Ilahi, engkau donggak ke atas dan lihat jutaan titisan hujan menyimbah bumi.. Air mataku akan lebih banyak dari titisan hujan itu jika engkau pergi meninggalkanku..

:-) Aku kenal dirimu. Engkau pernah kecewa kan sayangku. Dan engkau pasti tidak akan beri aku peluang untuk merasa kecewa. Kerana engkau tahu sakitnya bagaimana.

Sayangku, semoga kita kuat dan tabah untuk hadapi cubaan dan dugaan depan kelak. Kita saling memerlukan tuk melengkapi hidup kita..Sayangmu ini terlalu menyayangimu.




Isnin, 17 Jun 2013

~Kasih kita~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam kasih yang tiada penghujungnya.

Selepas 2 bulan, hari ini MerakDesa kembali berkarya dan meluahkan segala apa yang ada di hati buat insan tersayang MataAirCinta. Syukur ke hadrat Ilahi akan limpah dan kurnianya di atas segala anugerah yang di berikan. Kita masih lagi menghirup udara segar dan melihat keindahan ciptaan Sang Pencipta.

MataAirCinta,
Rindukah engkau pada entry2 Blog merakdesa??? Maafkan MerakDesa yaa..kerana tidak berkesempatan berkarya disini 2 bulan yang lepas, kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian sebagai guru pelatih dan pelajar. Aku disini terlalu rindu akan blog ini. Yang menghubungkan cinta kita..sebagai orang tengah menyampaikan cintaku padamu..


Rabu, 17 April 2013

Suara cinta



Pada saat kau tertikam rindu
Pejamkanlah matamu
Rasakan detak jantungmu
Karena setiap detaknya adalah rasa rindu ku padamu
Dan dengan memejamkan matamu
Aku senantiasa ada


Aku mencintaimu dengan satu sebab,
Sebab aku mencintaimu


Dakaplah aku erat-erat




Isnin, 15 April 2013

bersatu dengan embun


Malam ini aku menangis lagi..Jatuhnya airmata bagaikan tiada kelopak yang menahannya..Hati Jiwa terlalu sayu...teramat sedih..dalam kegelapan malam, membelah arus sepi jalanan, aku bertemankan sendu..tidak dapat ku tahankan..butiran jernih ini merembis keluar tanpa henti..tidak di hiraukan keadaan sekeliling...

Andai saja kamu tahu
Keadaanku tika ini
Aku perlukan kamu wahai kekuatanku...

Hati,
Usahlah engkau menangis begini,

Duhai malam,
Kesatlah airmata yang mengalir,


Dingin embun,
Bersatulah dengan airmata ini,
Agar hati tidak terus teresak,
Agar malam terus sepi....




Ahad, 14 April 2013

Aku Pencintamu

Alhamdulillah...Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya..Aku masih lagi bernafas sempurna di persimpangan hidupku..Hari nie genap usiaku 30 tahun merentas perjalanan yang berbagai bentuk... Dan hari nie juga genap 7 tahun aku menyintaimu MataAirCinta...

Mak Abah,
Terima kasih banyak-banyak..
Sentiasa menemaniku menongkah arus kahidupan..
Yang tak pernah jemu-jemu menabur kasih dalam semaian cinta.

MataAirCinta,
7 tahun satu jangka masa yang lama..
Tak pernah pudar perasaanku padamu..
6 tahun aku bersendiri,
Bertatih dalam sepi...
Acapkali airmata ini menitis kerana terlalu rindukanmu..
Tak pernah aku terfikir kita akan kembali bersua dan akan bersama..

Terima kasih...Malam ini aku terbayang kembali detik 7 tahun yang lalu..senyumanmu itu tak pernah kulupa.. Dari mula bertemu sehingga kini..


Gembira dirasakan menyelubungi diri..saat mata menatap mata..hati bertemu hati..Tak kusangka detik ini kau bersamaku setelah sekian lama aku menyambut ulangtahun dalam air mata...

Terima kasih Arjuna Cintaku..Kau Yang Terindah..

Biar rindu ini terus bercambah di dalam hati,
Kerana itulah tandanya,
Kasih kita kembang bersama........

Khamis, 11 April 2013

Kau & Aku






MerakDesa & MataAirCinta
Kita bercinta selamanya
Tiada aku pernah menyesali menyintaimu
Walaupun aku terpaksa menanti
dalam musafir cinta panjang

Cinta Hati & Belahan Jiwa tetap disini
Selamanya
Bersama bercinta

Rabu, 10 April 2013

Melihat Jari Kembali

Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat dan Sabtu...Setiap hari aku rindukan dirimu.

Saat ini aku kembali mengira jari, menghitung hari tuk kembali bertemu denganmu.

Setiap kataku dari hati.

Dikau yang ku sanjung.

Detik ini, aku kembali rajin menghitung hari. Untuk kembali mendakap sinar matamu.

Dimana saja aku berada, matamu adalah cahaya jalanku.

JAUH....hukuman amat berat bagiku...

Selasa, 9 April 2013

~Cahayaku~

Ingatkah engkau Cahayaku akan tarikh 09 april pada 7 tahun yang lepas???

Isnin, 8 April 2013

Embun-Embun Rindu



Selalu setia dan menantimu
Selalu sayang dan mencinta dirimu
Selalu rindu dan menanti dirimu

Bayanganmu melintas
Menghiasi kalbu dan batinku
Menyayat jiwa dan raga
Bertaburan di langit hatiku.


Ahad, 7 April 2013

kalau hati boleh berbicara

kenapa perlu ungkapan itu di muntahkan pada aku sang pencintamu??
------> "kalau terdetik di hati walaupun sikit, bagitahu sementara tak jadi apa2 lagi"



Merakmu dah bagi segala2nya...sampai hati

kalau hati ini boleh berbicara, mungkin engkau akan mengerti niat suciku..
kalau hati ini boleh berbicara, ingin saja di bicarakan ENGKAU LELAKI BERTUAH.
kalau hati ini boleh berbicara, pengorbanan dan bukti apa lagi engkau inginkan dariku.

Aku pencintamu.
Aku yang terkemudian hadir dalam hidupmu.
Aku memang bukan yang pertama dalam hidupmu, tp izinkan aku membuktikan cintaku padamu.
Aku sedari kekuranganku.
Memang aku tak sehebat mereka yang pernah dan sedia ada di hatimu.





Aku ini 
Wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa



Rabu, 3 April 2013

Ku kuncimu dalam hatiku


Sayangku WNZ,
Malam ini ku kirimkan rinduku di angin malam,
Rasakah sentuhan angin itu,
Lembut bagai sutera,
Menguis lembut kelopak matamu.

Sayangku WNZ,
Memang kau bukan yang terawal ku temu,
Tapi engkau yang pertama berjaya mengetuk monomen hati ini,
Ku jemput kau masuk melalui pintu setiaku,
Ku pimpin kau duduk di atas kejujuranku,
Ku dodoi kau lena di riba ikhlasku,
Menyintaimu mengasihimu menyayangimu dan merinduimu.

Sayangku WNZ,
Aku akan terus setia padamu,
Dan berusaha 
Agar kasih sayang ini
Akan terus utuh 
Dalam diri kita.

Dan 
Padamu Ya Allah
Aku bermohon
Jika WNZ telah tercipta untukku
Dan aku tercipta untuk dirinya
Maka KAU satukanlah 
Kami dalam keredhaanMU
Dengan restuMU
Dengan hidayahMU
Agar kami bahagia
Hingga ke akhir hayat

AMIIN

Selasa, 2 April 2013

Renungan Kasih

Serangkap madah ini
Ibarat sekeping hatiku
Seindah puisi
Ku cantingkan buatmu
Moga menjadi tatapanmu
Di kala sunyi sepi mengundang

Serangkai luahan ini
Ku gubah menjadi melodi rindu
Ada rasa yang terselit
Ada rindu yang membangkit
Disini aku berjanji
Bersaksikan ikrar kita
Cinta ini 
Akan sentiasa memayungmu

Selembar luahan ini
Kutenun menjadi nukilan cinta
Ku jahit untuk menjadi baju perjalanan cinta kita
Menbalut tubuhmu
Menyelimut sepimu


Isnin, 1 April 2013

~Cintaku~

Wahai pemilik cintaku,
Betapa lemah diriku ini,
Tanpa dirimu,
Tuk jadi penawar hidupku.

Aku nekad bersamamu cinta,
Sejak engkau menghias hati ini,
Sejak kita mula bertemu,
Sejak aku sedari cintaku milikmu.

Sejujurnya cinta,
Pencintamu ini tak mampu
Lagi hidup tanpamu,
Pencintamu ini,
Tak mampu lagi ,
Untuk mencari kekuatan,
Andai dirimu tiada.

Cintaku,
Kau kini kembali,
Menuntun tanganku,
Keluar dari dunia yang gelap dan sepi,
Terima kasih cintaku.
( Kau yang terindah)


~BulaN IndaH~

Segala-galanya disini..Bulan April menjelma lagi.Ku hirup wangian bunga April dengan penuh kasih. Ku simpul kenangan menjadi satu jambangan bunga yang cukup indah. Mata dipejam dengan manja, hati tersenyum menggoda..
7 tahun engkau menjadi penghias segenap ruang hidupku.
7 tahun senyummu menggodaku.
7tahun renunganmu mencairkan jiwaku..
ENGKAU YANG TERINDAH..


Ahad, 31 Mac 2013

Gerimis pagi

Assalamualaikum Belahan Jiwaku..

Pagi ini Cinta Hatimu titiskan lagi jernihan kaca dalam senyuman. Disini dan pagi ini kita kembali berjarak jauh. Ku hantar kau pulang dengan gerimis di semerah kiri. Ada gembira di wajahmu. Tapi di senyumku tiada  sinaran mentari. Saat ini yang paling aku benci. Perlu berjauhan denganmu. Berat kaki untuk kembali ke tempat menabur bakti. Ada gundah dah sendu dalam setiap langkah yang disusun.

Tiap saat aku menghitung. Bila akan tiba waktu itu.

6 tahun telah kuredah. Kini berbaki lagi dengan menyusun janji-janji kita.


Sabtu, 30 Mac 2013

angin malam



Malam ini, kita bersama menghirup dan memelok dingin malam. Cukup indah. Berlatarkan Jambatan biru, bermuzikan dentuman mercun...Kita mengharungi malam bersama keluarga. Kau dan aku bertaut mata. Ingin saja kubisikan padamu :- "segalanya menjadi indah tika kita bersama" "Selama ini dirimu ku sayang" "Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu"


Khamis, 28 Mac 2013

Penggantimu


Terima Kasih MataAirCinta...
Pemberianmu ini peneman aku di kejauhan..
Terima Kasih kerana berikan aku teman yang bermakna sepanjang kita berjauhan...
Aku amat menghargainya

Jumaat, 22 Mac 2013

Rindu


Ku sendirian 
Mengharungi semua
Detik yang berlalu bagaikan bertahun lamanya
Tak daya aku mengharungi

Ku merindui senyuman tawamu
Ku meingini belaian manjamu
Ku mendambakan engkau disisiku
Semoga doaku ini terjawab

Kita bersama lalui semua
Walaupun dugaan datang menimpamu
Tiada mungkin gusar atau gentar
Semua pastikan reda nanti

Bersama kita berdoa tak akan putus harapan
Kelak mimpi menjadi realiti

Ku Berjanji Karna Cinta – Anuar Zain


Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Selasa, 19 Mac 2013

~Bersatu Airmata dan Hujan~



Aku,
Malamku dan rinduku
Disini,
Bersatu airmata dan hujan
Esakan 
Melodi peneman.

Aku,
Bersatu airmata dan hujan
Nyayian alunan khas
Di setiap helaan nafas.



Dalamnya ukuran rinduku ini
Menyeka tiap titisan jernih
Yang
Bersatu 
Dengan dakapan cinta.

Malamku, 
Miliku
Bersatu airmata dan hujan
Tak ku kesali
Tak ku sesali.


Bersatu airmata dan hujan
Menadah berjuta rindu
Ku cantingkan
Dalam bait-bait cinta
Melalui tiap desah nafas yang ku hembuskan.

Bersatu airmata dan hujan
Tika rinduku bertasbih dalam senandung jiwa
Tika kasihku bertasbih pada hati
Membelaiku 
Dengan penuh cinta
Kepadamu

SAYANG KAMU MATAAIRCINTA