Rabu, 24 September 2014

Tajwid Cintaku

Abangku..Suamiku..Imamku..

Saat kita di ijab qabul..Syg bagaikan berjumpa dengan SAKTAH hanya bisa terpana dan menahan nafas sebentar...Syg dimata Abg mungkin bagaikan NUN MATI di antara IDGHAM BILALGHUNNAH..terlihat tapi di anggap tak kelihatan...Senantiasa Syg ungkapkan cinta dan rindu pada Abg...Syg ungkapkan tujuan dan perasaan Syg pada Abg seperti IDZHAR...jelas dan terang...Jika MIM MATI bertemu BA disebut IKHFA' SYAFAWI, maka jika Syg bertemu dengan Abg...itu disebut CINTA.

Sejenak pandangan kita bertemu...lalu tiba-tiba semua itu seperti IDGHAM MUTAMASILAIN melebur menjadi satu...Cinta Syg pada Abg seperti MAD LAZIM...paling panjang di antara yang lain..Dan setelah setahun kita bersama..cinta kita seperti IQLAB..ditandai dengan dua hati yang menyatu..

Sayang Syg pada Abg seperti MAD THOBI'I dalam Al-Quran , banyak sangat banyak.
Kita umpama IDGHOM MUTAJANISAIN perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya...tapi berlainan sifatnya.

Syg berdoa agar cinta kita seperti WAQAF LAZIM , terhenti sempurna ke akhir hayat...

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja,begitu juga Syg..hanya untuk Abg dan anak-anak...
Dengan harapan Syg menjadi yang terakhir untuk Abg..seperti MAD 'ARIDH LISUKUN..
Aamiin YA RABB..


KASIH & SAYANG dari isterimu..makmum mu

Jumaat, 28 Mac 2014

LUAHAN ISTERIMU

DariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..


Dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..


Salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..


Aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..


Kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..


Atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...



''Seorang isteri yang taat hanya meminta suami yang soleh, memimpinnya ke jalan yang diredhai Allah, mampukah melakukannya?

Khamis, 20 Februari 2014

Bulan Kedua aku sebagai isterimu



Kakanda; suamiku yang tercinta,
Sekiranya ada benci yang tercipta,
Ada amarah mengundang sengketa,
Akibat kurangnya layanan adinda,
Berilah masa tuk dinda berusaha.


Suamiku yang disayangi,
Andai hatimu terguris luka,
Dek kata-kata menghiris jiwa,
Kerna perbuatan menghunus duka,
Maafkanlah daku yang tak sempurna.

Abang Sayang,
Hari nie genap 2 bulan sayang menjadi isteri abang. Terima Kasih Abang Sayang. Melayani pelbagai kerenah Sayang yang serba kekurangan ini. 

Abang Sayang.
Meskipun kita tidak berharta seperti orang lain, Sayang bersyukur dengan apa yang ada. Selagi Abang Sayang disisi Sayang, segalanya sudah lengkap. Kasih dan Sayang , Cinta dan Rindu yang Sayang perlukan tuk bahagiakan Sayang.

Abang Sayang,
Kau pelengkap hidup ini. Lebih dan kurangmu aku terima. Apa yang pasti, KAU YANG TERINDAH DALAM HATIKU.

Isnin, 20 Januari 2014

Genap Sebulan Kau Suamiku

Assalamualaikum Suamiku..,
Dengan lafas Bismillah aku memulakan bicara menyusun kata buatmu MataAirCintaku. Kaulah Suamiku, Kaulah Kekasihku, Kaulah Imamku dan Kaulah yang terindah di hatiku.

Kandaku, dinda tau kanda akan baca blog ini..Sesungguhnya diri ini ikhlas menjadi isterimu, menerima buruk dan baikmu, redhalah dengan adanya dinda sebagai isterimu demi jodoh kurniaan Allah ini. Semoga kehidupan kita, lebih diredhai, segala kekhilafan kita Allah ampunkan. Sesungguhnya perkahwinan ini amanah Allah..Isteri itu amanah Allah pada suami, Anak itu amanah Allah pada suami dan isteri..

Suamiku…pujaan hatiku…..
Di kala kedua bibirmu
Bergetar melafazkan akad
Aku sudahpun meletakkan dirimu
Sebagai raja dihatiku
Mana mungkin kumungkiri lafaz itu
Kerana martabatku
Kau lonjakkan ke persada mulia
Maruahku 
Kau junjung ke puncak persona

Dari saat itu,
Jangan sesekali kau ragui cintaku
kerana 
jiwamu adalah hidupku
nafasmu adalah nadiku
tawamu adalah kebahagian
tangismu adalah kedukaanku

Kakanda, suamiku…
Ingin aku lafazkan janji
Sebagai isteri kepadamu,
Inilah hak-hak mu ke atas diriku:
Pertama
Akan ku patuhi kehendakmu
Tapi jangan engkau ingkari syariat-Nya
Kedua 
Akan ku terima dirimu sepenuh hatiku
Kurangmu kuredhai lebihmu kusyukuri
Ketiga
Akan ku layani mu setiap detik
Sehingga nafasku yang terakhir
Keempat 
Keizinanmu ku pohonkan
Agar langkahku ke syurga tidak pincang
Kelima 
Kemampuanmu ku kagumi
Kerana engkau suami yang aku hormati

Keenam 
Pemberianmu ku syukuri
Jerih perihmu aku hargai
Ketujuh
Keindahanku hanya untukmu
Nikmatilah sepuas hatimu

Agar langkah kita tidak pincang
Berjalan tidak tempang
Larian kita tidak songsang
Maka berikanlah hak-hakku ke atas dirimu:
Pertama
Berikan aku mahar mu
Itulah isyarat kewajipanmu
Kedua 
Layani aku bagaikan permaisuri
Kerana aku pilihanmu
Ketiga
Berikan aku nafkah yang halal
Kerana aku tak mampu tanggung azab neraka
Keempat
Berlemah lembut dan sabarlah terhadapku
Kerana aku wanita lemah
Kelima 
Didiklah aku dan anak-anakmu
Kerana engkau pemimpin ke jalan syurga

Suamiku…
Demi keluarga sakinah 
Yang penuh mawaddah dan rahmah
Izinkan aku 
Untuk terus berada di sampingmu
Menjadi penghiburmu
Di kala sedih
Menjadi penyembuhmu
Di kala sakit
Menjadi penglipur laramu 
Di kala sunyi
Menjadi tasik madumu
Di kala kau di puncak kerinduan
Jangan kau zalami aku
Dengan memisahkan aku
Jauh darimu
Kerana redhamu
Aku dambakan
Untukku menuju
Ke syurga bahagia
Sebagaimana Yang Allah
Telah janjikan kepadaku

Suamiku….kekasihku
Aku mohon padamu
Dambakanlah aku
Sebagaimana Adam mendambakan Hawa
Hargailah aku
Sebagaimana Syah Jehan Menghargai Mumtaz
Nescaya aku akan…
Setia kepadamu
Sebagaimana Laila setia kepada Majnun
Mengagumimu
Sebagaimana khadijah mengagumi RasulNya.

Kakanda…suamiku…. kekasih hatiku…
Adinda ingin akhiri puisi ini
Sebagai tanda bermulanya langkah 
Menjadikan dirimu, kakanda sebagai matlamat hidupku…
Jangan kakanda murka
Jika kata-kata ini menggetarkan amarahmu
Kerana niat adinda ikhlas
Mengungkapkan rasa cinta membara kepada mu Kakanda..
Semoga usaha kita menuju ke jalan bahagia
Dunia dan akhirat 
Akan mendapat Keredhaan-Nya…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang terdetik di dasar hati hamba-hambanya.


Rabu, 1 Januari 2014

Entry pertama 2014

Entry ini adalah entry pertama MerakDesa di 2014. ALHAMDULILLAH...MerakDesa masih lagi di sini. Selamat Tahun Baru MerakDesa ucapkan buat semua pembaca blog ini. Teristimewa MerakDesa titipkan ucapan ini buat MataAirCinta yang sentiasa menjadi insan terindah MerakDesa.




Masuk ke tahun baru, MerakDesa semakin bersemangat untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diatur rapi di akhir tahun 2013. Banyak yang telah dirancang, banyak yang ingin dilakukan, banyak yang ingin dicapai. Apapun MerakDesa sentiasa berpegang kepada kata-kata iaitu kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan, dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Azam MerakDesa tahun ini, menjadi seorang isteri yang terbaik dan solehah buat suami tercinta MataAirCinta, menjadi anak yang solehah buat mak abah tersayang dan mak ayah mertua. Tahun nie bermulalah episod baru MerakDesa. Ada 2 bapa ada 2 ibu. Anugerah yang tak ternilai dalam bahtera kehidupan ini. (kita trowback sebentar)...Tahun 2013 adalah tahun yang begitu mencabar buat diri yang kerdil ini dan menuntut MerakDesa mengadaptasikan diri sehabis baik. Ada tika MerakDesa cedera parah, tersusuk sembilu dan melalui amukan kanser perasaan. Berbekalkan kekuatan dan semangat yang ada, MerakDesa bangkit meredah onak dan duri ,kekuatan hati sebagai panglima diri.

(kembali di tahun baru)..detik ini tanggal 12 hari MerakDesa menjadi suri MataAirCinta. MerakDesalah tulang rusuk kiri MataAirCinta. Antara kita saling melengkapi. Selamat Tahun Baru 2014 AbgSyg.

Terima Kasih kerana memilih Sayang untuk menjadi makmum Abang. Terima Kasih kerana sudi mengahwini Sayang, seorang insan yang serba kekurangan. KAU YANG TERINDAH