Isnin, 16 Julai 2012

Simpanlah baik2...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Dengan nama Tuhan yang penuh Ketinggian kumulakan surat cinta ini. Semoga kemurahan Tuhan sentiasa melimpah­ ruah dalam cinta kita.

Kekasih….

Buat sekian kalinya aku titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku. Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang­kadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu. Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu.

Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindu kepadamu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cinta kepadamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya dirimu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata-­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang bertakhta di hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rinduku padamu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.

Kekasihku..
Simpanlah baik-baik surat cinta ini. Mungkin suatu hari nanti boleh menjadi temanmu tika ketiadaanku.

Kekasihku...
Setiap malam aku merenung ke dada langit dan kulihat bintang­-bintang bergermerlapan di sana.Tika purnama mengambang,aku harap, kau sepertiku. Melihat dan berdoa.

Kekasih…
Aku ingin sekali menebus segala rinduku disetiap pertemuan kita. Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung rindu yang baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap membara. Setiap kali menatap wajahmu, setiap kali itulah rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam melayani kerenah rindu ini. Di setiap pertemuan kita, tebing mataku sering basah. Tak perlu kau bertanya kenapa.


Kekasihku..
Simpanlah baik-baik kataku ini. Waktu yang mempertemukan kita.Waktu yang membuktikan besarnya cinta kita untuk bersama.Teruslah berlari.Tetapi jika kau lelah, tolehlah kebelakang. Ada aku selalu menantimu. Tanpa jemu.

Kekasihku...

Mungkin aku bukan wanita yang terbaik untukmu.Tetapi yakinlah akan ketulusanku.Kerana mencintaimu adalah bahagiaku. Aku disini mencintaimu hingga akhir hayat. Suatu hari nanti, sesakit manapun kau sakitiku, aku tetap dan akan terus mencintaimu. Walaupun airmata tak terbendung, senyumku tetap terukir. 

Kekasihku...
Pegang erat-erat kataku ini. Jagalah dirimu sebaiknya. Engkau berhak untuk nikmati bahagia. Jika di hadapan nanti kau ketemu kebahagian yang menggunung lebih dari sekarang, dakilah dengan kudratmu. Aku sebagai insan yang amat menyintaimu, akan terus mendoakan kebahagianmu. Akan terus menyokongmu. Kau tetap di semerah kiri. 

Kekasihku..
Jaga diri baik-baik. Teruslah melangkah dengan berani. Sambunglah perjuangan KEKASIH kita. Cintai aku sekadarnya sahaja. Kerana cinta yang AGUNG hanya tuk YA RABB. Ku mohon padamu, jangan lupa cinta yang aku tanam untukmu ini. Jika kau di rundung dugaan kehidupan, pejamlah matamu. Kau akan rasa aku di sisimu. Sapa pawana adalah pelukanku. Andai kau tiada teman tuk berkongsi canggung tatihmu, tolehlah kiri, aku ada didada kirimu. 

Salam Cinta dari ku. Seorang Insan yang tulus mencintaimu hingga akhir waktu.

                                                                                    ~merakdesa~









Tiada ulasan:

Catat Ulasan