Ahad, 19 Ogos 2012

Syawal yang terindah

Syawal ini..
Segalanya bersatu
Kasihmu kasihku
Cintaku cintamu
Sayangku sayangmu
Rinduku rindumu
Syawal ini..
Syawal yang terindah


Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

SELAMAT HARI RAYA..MAAFKAN DI ATAS KETERLANJURAN SEPANJANG BERSAMA
DARI MATA KE HATI..DENGAN PENUH TULUS DAN IKHLAS..SEMBAH BERHARAP AMPUN DI BERIKAN..SAAAAAAYANG SELAMANYA


Syawal ini..
Syawal yang terindah
genap 2 bulan kita bersama
memeterai apa yang di rasa
menganyam apa yang di cinta

Syawal ini..
Aku berharap dan berdoa
Agar hubungan ini berkekalan
Dengan lafaz ijab dan kabul
Bersatu sah di sisi Ilahi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan