Rabu, 1 Januari 2014

Entry pertama 2014

Entry ini adalah entry pertama MerakDesa di 2014. ALHAMDULILLAH...MerakDesa masih lagi di sini. Selamat Tahun Baru MerakDesa ucapkan buat semua pembaca blog ini. Teristimewa MerakDesa titipkan ucapan ini buat MataAirCinta yang sentiasa menjadi insan terindah MerakDesa.




Masuk ke tahun baru, MerakDesa semakin bersemangat untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diatur rapi di akhir tahun 2013. Banyak yang telah dirancang, banyak yang ingin dilakukan, banyak yang ingin dicapai. Apapun MerakDesa sentiasa berpegang kepada kata-kata iaitu kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan, dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Azam MerakDesa tahun ini, menjadi seorang isteri yang terbaik dan solehah buat suami tercinta MataAirCinta, menjadi anak yang solehah buat mak abah tersayang dan mak ayah mertua. Tahun nie bermulalah episod baru MerakDesa. Ada 2 bapa ada 2 ibu. Anugerah yang tak ternilai dalam bahtera kehidupan ini. (kita trowback sebentar)...Tahun 2013 adalah tahun yang begitu mencabar buat diri yang kerdil ini dan menuntut MerakDesa mengadaptasikan diri sehabis baik. Ada tika MerakDesa cedera parah, tersusuk sembilu dan melalui amukan kanser perasaan. Berbekalkan kekuatan dan semangat yang ada, MerakDesa bangkit meredah onak dan duri ,kekuatan hati sebagai panglima diri.

(kembali di tahun baru)..detik ini tanggal 12 hari MerakDesa menjadi suri MataAirCinta. MerakDesalah tulang rusuk kiri MataAirCinta. Antara kita saling melengkapi. Selamat Tahun Baru 2014 AbgSyg.

Terima Kasih kerana memilih Sayang untuk menjadi makmum Abang. Terima Kasih kerana sudi mengahwini Sayang, seorang insan yang serba kekurangan. KAU YANG TERINDAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan