Jumaat, 20 Disember 2013

Selesai Majlis Akad

Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku telah kau miliki

Dalam keterharuan
Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau akan kecewa bila terlihat kekurangan
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang

Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga

Ketahuilah suamiku
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju Yang SAtu

Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan Cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya

Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia

Suamiku
menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Salam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah

Suamiku
berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kenalkan daku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan