Isnin, 14 Mei 2012

Sanah Helwah Siti Hajar ^_^

Genap 29 tahun 1 bulan usiaku...

*********************************************************************************

Dengan bertambahnya umur ini, adakah aku sempat
 mengemudi hidupku
 di jalanMU 
Ya Rabb...


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi..detik ini tanggal 14 April 2012, genaplah
umur aku 29 tahun. Terima kasih Ya Allah kerana 
masih memberi peluang kepada diri ini
terus berada di bumi ini
dan mengizinkanku untuk terus beribadah kepadaMU.
Diri ini amat mengharapkan Hidayah dariMU.

Tak aku lupa,
terima kasih buat insan yang banyak berkorban untukku
MAK dan ABAH.
yang telah mendidiku 29 tahun yang lepas
sehingga aku tegap berdiri di bumi
milik ESA ini.

Yang sentiasa berada di hati ini,
terima kasih tak terhingga
kerana engkau hadiah yang terindah
bagi diriku
sejak 6 tahun yang lalu.
Hadiah yang sentiasa baru bila tiap 
kali muncul
14 April.


Dengan bertambahnya umurku ini,
aku semakin sepi
di gendong usia
yang semakin meningkat.
Aku semakin resah
melihat kehadapan
sehingga acapkali aku serasa rebah
di bibir kehidupan.


*********************************************************************************

Genap 6 tahun 1 bulan aku menyintaimu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan