Ahad, 14 Oktober 2012

~Mahar darimu~

Assalamualaikum MataAirCinta...

Dengan Rahmat Ilahi, kasih sayang yang ada untukmu masih kekal sehingga detik ini.Cinta hatiku tak pernah padam untukmu walawpun sesaat. Terima kasih di atas penerimaanmu akan kehadiranku ini walaupun aku insan yang terkemudian dalam hidupmu.

MataAirCinta,
Engkau adalah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. Mencintai Allah dan Rasul adalah 1 kewajipan. Kerana cintaku kepada Allah dan Rasul tak pernah goyah, maka lahirlah perasaan cinta indah ini di hatiku kepadamu yang juga mencintai Allah dan Rasul. Aku mencintaimu kerana Allah dan rasul. Aku menyayangimu kerana Allah dan Rasul dan aku mengasihanimu kerana Allah dan rasul.

MataAirCinta...
Penggemudian kita dalam hidup ini masih lagi terlalu jauh. Perjalanan kita masih lagi panjang. Aku perlukan dirimu , untuk menemaniku meneruskan perjalanan ku di bumi Maha Pencipta, sebagai kawan, teman, sahabat, pendidik , penasihat , imam , guru , suami , pembimbing , dan ayah kepada anak-anakku. Aku perlukan dirimu untuk jadi pelengkap hidupku yang masih lagi gersang di Bumi yang luas ini.

MataAirCinta...
Dengan rasa rendah diri , aku sedia menjadi peneman hidupmu sebagai kawan, teman, sahabat, pendengar, pembantu, makmum, guru, isteri, pembimbing, penolong, dan ibu kepada anak-anakmu suatu masa nanti.

MataAirCinta...
Seiringlah denganku untuk terus berdoa dan bermunajat kepada Maha Esa, agar hubungan ini di restui dan di terima, oleh kaum kerabat kita terutamanya ibu dan ayah. Kerana restu kedua orang tua kita adalah restu Allah juga. Bergandinglah denganku untuk terus berdoa agar hubungan kita di panjangkan dan di ikat dengan sah dengan lafaz ijab dan qabul. Maharku hanya darimu seorang yang mencintaiku kerana Allah dan Rasul.

Mencintaimu dan menyayangimu di segenap ruang waktu hidupku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan