Selasa, 30 Oktober 2012

mutiara cinta DR.HM Tuah



Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci.

Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak akan menjadi salah.

Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti.

Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal

Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci.

Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah.

Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apa yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi.

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan