Jumaat, 2 November 2012

Lelakiku


Puisi ini kucipta khas buatmu
Kerna kau lelaki dambaan hatiku
Walau ada kalanya dirimu menjauh dariku
Kaulah lelaki yang selalu hadir
Disetiap hembusan nafasku
Disetiap denyutan nadiku
Dan
Disetiap aliran darahku
Kasihmu tetap ada 
dalam hatiku
Walau apa jua rintangan mendatang
Kutetap setia padamu
Kaulah lelaki yang membuat hatiku tertawan
Hingga aku terbang tinggi keawan
Kaulah lelaki yang kumimpikan selalu
Yang sentiasa dekat padaku
Walau kemana arahmu melangkah
Walau jauh seantero dunia
Kukan tetap sayang padamu
Kau membuat aku terpesona
Dengan lirikan matamu yang menawan
Hingga aku rebah jatuh dipersemadian
Bagai dipanah panglima perang
Kau mengajar aku jadi bahagia
Kerna cintamu yang suci murni
Malah dirimu tidak ragu pada cintaku
Kaulah lelaki yang ku impikan
Wahai lelaki pujaanku
Marilah kita sama-sama serikan cinta suci ini
Dengan dekatkan diri pada-Nya
Agar diberkati selamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan