Khamis, 1 November 2012

warkah cinta iii


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan MataAirCintaku, syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih bersama. Dengan nikmat yang di anugerahkan oleh Maha Penyayang, kita teguh dengan apa yang di rasa. Tika ini, kita mampu bertemu di sini. Meneruskan nikmat yang di anugerahkan.Moga keberkatan milik kita..

MataAirCintaku.,,
Saat ini,fikiran kita buntu dan bercelaru,kerana dugaan yang di berikan Yang Esa. Sama walaupun situasi berbeza. Perit diri ini untuk melangkah kehadapan. Payah insan yang mencintai dirimu ini untuk berjalan melawan arus. Kekuatan yang ada berbekalkan CINTA kita.

MataAirCinta.,,
Berdirilah bersama aku. Kita buktikan pada yang menolak hak kita. Aku sedia menuntut apa milik kita. Walaupun mungkin sukar, tapi aku pasti, masih ada jalan penyelesaian. Apa yang kita rasa adalah anugerah terindah dari ALLAH. Dan kita perlu seiring melangkah.

MataAirCinta.,,
Gadis yang serba kekurangan ini, terlalu merindukan dirimu. Walau payah dan perit sekalipun, gadis ini tak akan berhenti menyintaimu..Gadis ini akan berjuang tuk segalanya. Biar nyawa di hujung waktu. Gadis ini tak akan berhenti dan mengalah. Semuanya untukmu MataAirCinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan