Khamis, 31 Januari 2013

Sebuah cerita kehidupan..


2006-2012
Aku bertatih seorang diri selama 6 tahun. Cerah tp gelap. Itu yang dapat aku lakarkan. Sepanjang itu, aku meneruskan saki baki hidup sebagai seorang yang setia dan bertanggungjawab pada rasa yang ada, iaitu ANUGERAH yang terindah dari MAHA PENCIPTA.

Selama 6 tahun itulah, ayunan langkah aku kemaskan sebagai seorang insan. Berbekalkan Doa, harapan, impian dan tawakal di satukan menjadi kekuatan. Ya betul..aku memang seorang penglipur lara cinta. Perasaan CINTA yang ALLAH berikan pada aku.Dan aku perlu bertanggungjawab pada nikmat itu.

6 tahun, tiada siapa tahu airmata ini lebih banyak menitis dari titisan hujan. Kenapa menangis pd yang tak pasti?? Jawapan; kerna sekeping hati ini telah di miliki oleh satu nama. Nama itu menjadi teman paling akrab. Nama itu pendorong tika ku rebah. Nama itu membakar semangat yang lelah.

Jun 2012 - Okt 2012
Doa yang ku titipkan 6 tahun di makbulkan. Kami bertemu di susur jalan berbeza. Tiada kata yang dapat di muntahkan, betapa hati ini tersentuh dengan cerita kehidupan. 

Kenal hati dan budi. Itu yang di canting dalam hubungan ini. Agar bahagia kekal bersama.

31/10/2012 -> 31/01/2013
Hanya yang mampu dan kuat di uji. Resepi kehidupan dari ALLAH TAALA. 

Aku di ajar kuat pada 6 tahun yang lepas. Aku di asuh bertanggungjawab 6 tahun yang lepas. Aku telah satukan demi tuk berjuang dengan ombak dan badai yang baru melanda.

Cinta yang ada, kasih sayang yang bersemadi, setia dan jujur yang di jaga, aku berdiri teguh walaupun hampir jatuh. Kata-kata peransang dari sekeliling menjadi tulang belakang.Aku harungi. Aku redahi. Sehingga di gelar ''pejuang paling hebat"..

3 Bulan, senyuman tak semanis gula dan renungan tak secerah matahari. Apa yang di persembahkan hanya tuk mata yang memandang. Tp tuk empunya badan, bagai batang pokok yang mati kekeringan. Dengan adanya BAJA cinta, kasih,sayang,kata-kata semangat dan MataAirCinta, pokok yang terkulai kembali segar.

Doa di panjatkan tanpa henti dan mengenal erti jemu. Tiap hari, tiap detik..

Alhamdulillah..penantian dan harapan tercapai. Cukup indah perancanganNYA..keindahan RAHSIA di sebalikNYA.

Kami bersatu dengan restu. Kami bersama dengan keizinan. Moga ikatan ini sampai ke ijab dan qabul seterusnya ke Syurga.

MataAirCinta, tak sabar rasanya MerakDesa menanti detik bersimpuh di depanmu, mengucup kedua tanganmu sebagai insan yang sah di sisimu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan