Jumaat, 15 Februari 2013

Belahan Jiwaku

Belahan Jiwaku
Terima kasih kerana sudi menemaniku ke spa. Terima Kasih kerana tidak menolak permintaanku. Terima Kasih kerana izinkan hati kita menjadi pasangan KEMBAR.

Belahan Jiwaku
Keberadaanmu di sisiku malam ini, sangat indah. Matamu dapat ku tenung, rindumu dapatku sentuh. Betapa aku rasa bahagia.

Belahan Jiwaku
Cinta Hatimu berharap, 3 bentuk hadiah tidak seberapa yang telah diberikan padamu malam ini , dapat engkau terima. Kad pertama yang aku nukilkan buatmu selepas 7 tahun aku mengenalimu, Jam tangan yang melambangkan setiap detik amat bermakna bagiku, hatiku tetap setia dan utuh buatmu..dan rawatan di spa...seperti mana aku menjaga diriku, begitulah juga aku akan menjaga dirimu...

Belahan Jiwaku
Moga impian kita akan terlaksana satu hari nanti. Aku sedia berada di sisimu sampai akhir hayat.
Terimalah hadiah-hadian ini sempena genap 8 bulan kita bersama pada 19 februari akan tiba nanti.
Terima kasih kerana memberi aku peluang membuktikan cintaku padamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan