Sabtu, 16 Februari 2013

Hanya buatmu cintaku

Sayangku,
Tatkala aku rindu padamu, jari jemariku pasti lincah menari tuk bermadah, bersyair, dan berpuisi di laman ini.
Sejak aku menjadi pencintamu, duniaku menjadi amat indah.Engkau yang menghiburkan aku dan penyeri ruang hidupku.

Sayangku,
Aku tak pernah memintamu membangunkan istana emas untukku, aku tak pernah mengharapkan engkau memberiku jutaan ringgit tuk membahagiakanku, apa yang ku mahu, keikhlasanmu dan kejujuranmu dalam menyemai cinta kepadaku. Aku disini setia dan sedia memayungmu dengan cinta, kasih dan sayang penuh ikhlas.


Sayangku,
Dikau penghias mahligai cinta kita
Dikau penghibur cinta kita
Dikau penyeri sukma cinta kita
Dikau penyembuh derita cinta kita.

Sayangku,
Adakah kau merasakan hebatnya cintaku padamu?
Sentuhlah cinta ini,agar memori indah dapat kita rakam bersama.Peluklah cinta ini dengan eratnya  agar ia kekal milik kita berdua.

Sayangku,
Hanya buat dirimu cintaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan