Khamis, 27 Disember 2012

dengan izin Allah bertemu kembali

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah..dengan izin Allah petang ini MerakDesa kembali lagi disini mencanai rindu. Banyak hari MerakDesa tak melewati blog jambatan cinta ini. Maafkan MerakDesa ya MataAirCinta. MerakDesa sibuk dengan urusan perjalanan hidup, hingga tak sempat mengupdate entry ini.

Petang yang indah, cuaca yang terang..tapi hati MerakDesa terlalu sayu dan sendu. MerakDesa akan pulang ke tempat MerakDesa berkhidmat. Anak2 murid MerakDesa adalah ladang pahala di Jannah nanti. Izinkan MerakDesa pulang berbakti untuk anak2 bangsa dan untuk agama.

MataAirCinta,
Sayu di hati tuk pergi. Tuk entah kali keberapa, kita berjauhan kerana tugas. Jangan lupa janji yang kita merteraikan. Jangan lupa MerakDesa. Ingat, payung kasih ini hanya untukmu.

MataAirCinta,
Sepeninggalan MerakDesa, jagalah diri sebaik boleh, jaga kesihatan, jaga amalan, jaga cinta kita dan yang paling utama jaga hubungan dengan Allah. Dengan takdir dari Allah kita bertemu dan bersama. Dengan pemberian nikmat dari Allah, kita ada rasa yang di jaga. Bajailah dengan baik.

MataAirCinta,
Pegang kemas2 janjiku padamu. Dakap erat2 luahan hatiku.

MataAirCinta,
Detik ini, MerakDesa menghitung hari kembali. 

:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan