Khamis, 6 Disember 2012

Ya Allah Ya Tuhanku




Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan 
kami untuk di satukan 
Satukanlah hati kami 
Titipkanlah kebahagian antara kami 
Agar kemesraan itu abadi 
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini 
Ketepian yang sejahtera dan abadi 

Ya Allah
maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. 
Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami
serta sahabat-sahabat kami.
Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. 

Ya Allah, 
dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi.
Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. 
Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau.
Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri.
Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. 

Ya Allah
Satukanlah hati kami,
seperti mana Engkau satukan hati 
Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha,
dan seperti Engkau satukan hati 
Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah, 
Kami memohon doa restu-Mu,
berkatilah hubungan kami ini dan temukan hati kami
dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Andai Kau berkenan 
limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih 
sampai waktu nanti
Jadikanlah kami suami isteri yang saling 
mencintai di kala dekat dan jauh,
saling menjaga kehormatan di kala jauh,
saling menghibur di kala duka,
saling mengingat di kala bahagia,
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan,
saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan 
menjadikan hubungan kami ini 
sah dengan ijab dan qabul
sebagai tanda ibadah kepada-Mu,
dan bukti pengikutan dan cinta kami 
kepada sunnah Rasul-Mu,
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin.


MerakDesa   MataAirCinta






Tiada ulasan:

Catat Ulasan