Isnin, 31 Disember 2012

Malam ini 2012

Kesedihan yang meruntun jiwa. Pertemuan yang singkat, tak mampu untuk merubat rindu yang membungkam  hati. Aku terus merindu sepasang mata itu.
4jam pertemuan menambahkan lagi seksa rasa. Perjalanan dari alor setar ke zon mawar begitu singkat. Masa yang terus mencemburui. 

Kekasihku
Malam ini
Dingin malam
Membalut rasa kita,
Malam ini
Gelap malam
Memayung jiwa kita,
Sentuhan kasihmu
Bekalan aku untuk pergi
Belaian cintamu
Ubat aku sepanjang di sana.

Kekasihku
Malam ini
Wajahmu 
Kutenung sepuasnya
Malam ini
Matamu
Ku tatap 
sedalam dalam
Malam ini
Nafasmu
Penenang gelisah.

Kekasihku
Aku ingin bercerita 
Tentang hati ini
Sarat dengan rindu padamu
Telah begitu banyak 
Yang kubawa
Hanya seketika tusukan 
Pandangan matamu
Dalam hambatan waktu
Di kesamaran malam
Menahan sebak di dalam dada.

Kekasihku
Malam ini
Tika kita hampir berpisah sementara
Tubir mataku basah,
Kalam yang keluar
Dari peti suaramu
Membuka ruang lebar
Tuk airmataku
Merembis keluar,
Aku cuba menyeka titisan itu
Tapi
Mata ini 
Tak mampu memagari
Air jernisan itu.

Kekasih
alangkah comelnya kamu
malam ini aku menatap sunyi yang bening
selepas hujan bernyanyi
bagai meninggalkan taburan manis
kata kata dan janji
semoga ketemu lagi.

Kekasihku
Pertemuan malam ini
Begitu perit
Tuk aku berpisah sementara denganmu
Semereh kiri meraung-raung
Terusan darah berombak-ombak
Menjerit-jerit katakan
Aku tak mampu berjauhan denganmu.

Terima kasih sudi menemaniku di hari akhir 2012. Terima kasih yang teramat kerana meluangkan masa menghibur hati yang sedang berduka.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan