Selasa, 4 Disember 2012

Warkah cinta seterusnya..


Assalamualaikum bakal imamku...salam muhasabah

Bintang Malam sudah kelam,
kerna sinarnya tidak terang,
Kenangan semalam masih terbayang,
Melihat dirimu tersenyum riang.

"Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan tanggungjawab ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama pakaian bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak. Amin ya Rabbal a'lamin!"

Merakdesa tidak seteguh Siti Khadija,Siti Fatimah,Siti Aisyah dan Siti Hajar yang begitu sempurna dalam bercinta. Merakdesa hanyalah seorang wanita akhir zaman yang mencontohi bunga-bunga idaman di syurga.
Merakdesa mengharapkan, MataAirCinta memimpin, menuntun dan mendidik Merakdesa menjadi insan sempurna di mata insan bergelar suami. Merakdesa sedia menabur bakti dan menyemai kasih di binaan masjid milik kita suatu hari nanti..

Bakal suamiku,
Jika suatu masa nanti di dalam masjid kita, kita tidak mampu membeli sekeping roti, Merakdesa meredhainya..MerakDesa akan terus bersama MataAirCinta.Asalkan kita bersama..

MataAirCinta..
Merakdesa yakin, kita akan bersatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan