Ahad, 3 Mac 2013

Sekeping warkah CINTA ~Hanya dirimulah Kekasihku~


Assalamualaikum…………

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku. Buat Belahan Jiwa…Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindukanmu. Rindu yang mendambakan kasihmu.

Belahan Jiwaku,
Ingin aku katakan padamu bahawa kau amat beerti padaku. Tak pernah sekali aku terfikir untuk menduakanmu. Benteng keutuhan setiaku cukup tinggi dan aku tak akan biarkan cintaku padamu terlepas dari sempadan hati ini.

Belahan Jiwaku,
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar-­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Belahan Jiwaku,
Tiadalah sebaik kata-­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Belahan Jiwaku,
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.

Belahan Jiwaku,
Sekarang ini aku penat memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benar­benar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu.


~Cinta Hatimu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan